Faktor sokongan kesatuan sekerja dan suara pekerja terhadap amalan pekerjaan layak (decent work) dalam kalangan ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Electricity Sdn. Bhd. (KPPSESB): Satu kajian rintis

Authors

  • Queennie Ikbal Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
  • Kee Y Sabariah Kee Mohd Yussof Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia

Keywords:

Pekerjaan Layak, Sokongan Kesatuan, Suara Pekerja, KPPSESB, Kajian Rintis

Abstract

Amalan pekerjaan layak (decent work) merupakan satu agenda kritikal yang telah dilaksanakan di bawah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 8) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memastikan hak-hak pekerja seperti kebajikan, ekuiti dan keselamatan serta kesihatan pekerja sentiasa terjamin. Kajian rintis ini dilaksanakan bagi meneroka pengaruh faktor sokongan kesatuan sekerja dan suara pekerja terhadap amalan pekerjaan layak dalam kalangan ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Electricity Sdn.Bhd (KPPSESB). Dengan menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif, borang soal selidik telah diedarkan kepada 31 orang responden melalui persampelan rawak mudah. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) bagi menilai kebolehpercayaan instrumen kajian.  Hasil daripada kajian rintis ini menunjukkan bahawa instrumen kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu melebihi 0.80 bagi kesemua pemboleh ubah yang membuktikan bahawa soal selidik ini boleh digunakan untuk kajian sebenar dan berskala besar. Tambahan pula, dapatan awal secara deskriptif menunjukkan amalan pekerjaan layak berada pada tahap sederhana. Hasil analisis regresi mudah membuktikan bahawa hanya faktor suara pekerja mempunyai pengaruh positif dan signifikan terhadap amalan pekerjaan layak, manakala faktor sokongan kesatuan sekerja didapati tidak mempengaruhi pekerjaan layak dalam fasa rintis ini. Oleh itu, kajian ini memberikan gambaran awal yang sangat penting dalam memahami dinamika hubungan industri dan amalan pekerjaan layak demi memacu kelestarian organisasi yang selaras dengan agenda SDG 8.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-09-21

How to Cite

Ikbal, Q., & Kee Mohd Yussof, K. Y. S. (2026). Faktor sokongan kesatuan sekerja dan suara pekerja terhadap amalan pekerjaan layak (decent work) dalam kalangan ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Electricity Sdn. Bhd. (KPPSESB): Satu kajian rintis. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 564–578. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4566