Dimensi komunikasi dan dimensi agen perubahan sebagai faktor pendorong keberkesanan agensi pertanian: Satu analisis kualitatif

Authors

  • Muhammad Pehimi Yusof Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia
  • Zainudin Omar Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia
  • Md Zawawi Abu Bakar Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia

Keywords:

komunikasi, agen perubahan, tadbir urus, pertanian, agensi pertanian, analisis tematik, negeri Terengganu

Abstract

Kajian ini memberi tumpuan kepada dua dimensi, iaitu dimensi komunikasi dan dimensi agen perubahan yang menjadi faktor utama dalam meningkatkan kompetensi sesebuah agensi pertanian. Ianya dilihat dari perspektif petani dan para pengurus agensi yang terlibat. Kajian lepas menunjukkan bahawa komunikasi merupakan dimensi paling dominan, manakala dimensi peranan kakitangan agensi pertanian selaku agen perubahan sangat signifikan dalam menjayakan sesebuah dasar pertanian. Dimensi ini menjadi yang kedua paling ketara yang mempengaruhi tahap keberkesanan peranan agensi pertanian. Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual separa struktur melibatkan lapan orang responden yang terdiri daripada wakil petani dan kakitangan agensi pertanian di negeri Terengganu. Data yang terkumpul dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tematik bagi mengetahui corak, isu dan tema utama yang timbul daripada pengalaman responden. Hasil kajian mendapati wujud jurang komunikasi yang ketara antara pihak agensi dan petani termasuk ketidakselarasan maklumat, kelemahan komunikasi dua hala, kekurangan pemantauan di lapangan serta pergantungan petani kepada media sosial sebagai sumber maklumat alternatif. Dapatan turut menunjukkan bahawa pendekatan komunikasi yang bersifat “top-down” menyebabkan kurangnya input daripada pihak petani. Dari segi peranan pegawai agensi pertanian dapatan mendapati terdapat kekangan pelaksanaan polisi disebabkan oleh pelbagai faktor yang menyumbang kepada tahap kepercayaan yang rendah terhadap agensi sebagai agen perubahan dalam bidang pertanian. Faktor ini termasuklah aras pengetahuan pegawai agensi, serta ketiadaan jadual berkala di mana pegawai dan kakitangan tidak melakukan pemantauan berkala di lapangan. Situasi ini memberi implikasi secara menyeluruh kepada pihak agensi mahupun petani. Kajian ini mencadangkan keperluan kepada sistem komunikasi yang lebih responsif dan berstruktur dalam memperkukuhkan lagi tadbir urus pertanian. Model komunikasi yang dicadangkan berpotensi menjadi asas kepada penambahbaikan dasar dan amalan pentadbiran agensi pertanian di peringkat akar umbi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-09-20

How to Cite

Yusof, M. P., Omar, Z., & Abu Bakar, M. Z. (2026). Dimensi komunikasi dan dimensi agen perubahan sebagai faktor pendorong keberkesanan agensi pertanian: Satu analisis kualitatif. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 518–532. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4563