Penguasaan ilmu balaghah sebagai asas penghayatan keindahan al-Quran: Satu kajian dalam kalangan masyarakat awam melalui pendekatan tafsir lughawi
Keywords:
Balaghah, penghayatan al-Quran, tafsir lughawi, masyarakat awam, keindahan bahasa ArabAbstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti penguasaan ilmu Balaghah sebagai asas kepada penghayatan keindahan al-Quran dalam kalangan masyarakat awam melalui pendekatan tafsir lughawi. Fokus utama penyelidikan ini ialah untuk mengenal pasti tahap kefahaman masyarakat terhadap konsep-konsep utama balaghah seperti al-Ma‘ani, al-Bayan, dan al-Badi‘, serta menilai sejauh mana kefahaman tersebut membantu mereka menghayati mesej linguistik dan estetik al-Quran. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif deskriptif melalui kaedah temu bual separa berstruktur. Seramai sepuluh orang informan daripada kalangan masyarakat awam yang mengikuti kelas tafsir di beberapa buah masjid dan surau telah dipilih sebagai sampel kajian. Dapatan menunjukkan bahawa penguasaan asas ilmu balaghah membantu masyarakat memahami maksud tersirat, simbolisme, dan keindahan struktur bahasa al-Quran dengan lebih mendalam. Namun, tahap kefahaman mereka masih terbatas kepada aspek literal, disebabkan kurangnya pendedahan terhadap pendekatan tafsir lughawi yang menekankan analisis linguistik. Kajian ini mencadangkan agar pengajaran tafsir kepada masyarakat awam mengintegrasikan unsur balaghah dan analisis lughawi secara sistematik bagi memperkukuh penghayatan makna dan keindahan bahasa al-Quran.










