Tafsir Dakwah Surah Al-‘Asr: Analisis terhadap pembinaan kerangka dakwah berasaskan pengurusan masa menurut Al-Quran

Authors

  • Muhammad Norazam Nordin Faculty of Islamic Knowledge, International Islamic University of Malacca, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia
  • Mahmood Sabtu Faculty of Islamic Knowledge, International Islamic University of Malacca, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia
  • Abd. Aziz Abdullah Faculty of Islamic Knowledge, International Islamic University of Malacca, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia
  • Muhammad Naufal Mohamad Sarif Faculty of Islamic Knowledge, International Islamic University of Malacca, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia

Keywords:

tafsir dakwah, Surah al-‘Asr, pengurusan masa, analisis konseptual, kerangka dakwah al-Quran

Abstract

Surah al-‘Asr ialah surah Makkiyyah yang ringkas, hanya tiga ayat, namun dinilai oleh Imam al-Syafi’i sebagai surah yang cukup untuk menjadi hujah dan peringatan kepada seluruh manusia sekiranya benar-benar dihayati. Dalam tiga ayat tersebut, Allah SWT bersumpah dengan masa, menegaskan bahawa manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang memenuhi empat kriteria: beriman, beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Kajian akademik terhadap Surah al-‘Asr di Malaysia telah menyentuh aspek pengurusan masa, etika bekerja dan kesabaran secara berasingan, namun belum menyusunnya menjadi satu kerangka dakwah yang bersepadu berasaskan pengurusan masa. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis kandungan dakwah Surah al-‘Asr secara konseptual dan membina kerangka dakwah al-Quran berasaskan pengurusan masa berasaskan empat kriteria yang terkandung di dalamnya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian kepustakaan dan analisis konseptual, dengan data primer daripada tiga ayat Surah al-‘Asr dan data sekunder daripada kitab-kitab tafsir muktabar serta artikel jurnal berwasit. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Surah al-‘Asr membina empat pemacu dakwah utama, iaitu dakwah iman sebagai asas pengurusan masa berlandaskan akidah, dakwah amal soleh sebagai pengurusan masa yang produktif, dakwah tawsiyah bil haq sebagai peringatan bersama tentang kebenaran, serta dakwah tawsiyah bil sabr sebagai ketekunan menghadapi cabaran sepanjang perjalanan masa. Kerangka ini menunjukkan bahawa pengurusan masa dalam perspektif al-Quran bukan sekadar teknik produktiviti individu, tetapi suatu proses kolektif yang berpaksikan akidah, amal, kebenaran dan kesabaran. Kerangka tersebut berpotensi diaplikasikan dalam dakwah produktiviti berasaskan iman, latihan etika bekerja, pembangunan komunikasi dakwah persuasif dan program pembinaan daya tahan masyarakat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-09-17

How to Cite

Nordin, M. N., Sabtu, M., Abdullah, A. A., & Mohamad Sarif, M. N. (2026). Tafsir Dakwah Surah Al-‘Asr: Analisis terhadap pembinaan kerangka dakwah berasaskan pengurusan masa menurut Al-Quran. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 420–432. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4553