Dakwah dan kearifan ilmu: Membina integriti akademik dalam era AI

Authors

  • Ibtisam Ibrahim Pusat Pengajian Dakwah & Peradaban Islam, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia.
  • Muhammad Rozaidi Ahmad Romil Jabatan Sains Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Islam & Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan, 33000 Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan Malaysia.
  • Mohamad Irfan Mohamad Zabidi Jabatan Sains Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Islam & Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan, 33000 Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan Malaysia.
  • Muhammad Shukri Mohd Khalil Jabatan Sains Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Islam & Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan, 33000 Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan Malaysia.

Keywords:

AI, Amalan pengetahuan beretika, Dakwah, Integriti akademik, Kearifan ilmu

Abstract

Perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI) dalam dunia pendidikan telah membawa perubahan signifikan terhadap cara ilmu dihasilkan, diakses dan dimanfaatkan, khususnya dalam kalangan warga akademik. Walaupun teknologi ini menawarkan pelbagai kemudahan, penggunaannya turut menimbulkan cabaran terhadap integriti akademik khususnya apabila kemudahan teknologi tidak disertai dengan penghayatan terhadap kearifan ilmu. Berdasarkan pemikiran al-Attas, kearifan ilmu dalam kajian ini difahami sebagai keupayaan memahami kedudukan ilmu, menghayati hikmah dalam penggunaannya serta menerapkannya dalam amalan yang beradab dan bertanggungjawab. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis potensi dakwah sebagai pendekatan dalam pembinaan kearifan ilmu bagi menyokong pengukuhan integriti akademik dalam era AI. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap karya-karya terpilih berkaitan ilmu, hikmah dan adab serta literatur akademik mengenai dakwah, integriti akademik dan penggunaan AI dalam pendidikan tinggi. Hasil analisis menunjukkan bahawa dakwah mempunyai asas yang relevan sebagai pendekatan pembinaan kesedaran dan nilai dalam pengamalan ilmu, khususnya melalui proses bimbingan, pendidikan dan pembentukan akhlak. Berdasarkan hasil analisis literatur, kajian ini mencadangkan kerangka Dakwah Akademik berasaskan tiga elemen utama, iaitu pemahaman ilmu, penghayatan hikmah dan pengamalan integriti sebagai kerangka konseptual bagi membimbing penggunaan AI secara lebih beretika dalam dunia akademik. Kerangka ini masih bersifat konseptual dan memerlukan penelitian empirikal bagi menilai kesesuaian serta keberkesanannya dalam konteks pendidikan tinggi. Kesimpulannya, dakwah mempunyai potensi untuk diketengahkan sebagai pendekatan pembinaan kesedaran ilmu dan nilai dalam mendepani cabaran integriti akademik era AI, manakala Model Dakwah Akademik yang dicadangkan menyediakan asas konseptual untuk menghubungkan pemahaman ilmu, penghayatan hikmah dan pengamalan integriti dalam penggunaan AI secara beretika.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-09-17

How to Cite

Ibrahim, I., Ahmad Romil, M. R., Mohamad Zabidi, M. I., & Mohd Khalil, M. S. (2026). Dakwah dan kearifan ilmu: Membina integriti akademik dalam era AI. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 379–395. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4550