Dari fitrah kepada transisi gender: Analisis tasyabbuh dalam gender identity disorder

Authors

  • Nurhidayah Muhamad Sharifuddin Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Malaysia,
  • Mohd Anuar Ramli Jabatan Fiqh-Usul dan Sains Gunaan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
  • Paiz Hassan Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Malaysia
  • Abd Nasir Musa Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Malaysia
  • Atiratun Nabilah Jamil Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Malaysia
  • Khafizatunnisa’ Jaapar Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Malaysia

Keywords:

Gender Identity Disorder, hukum Islam, tasyabbuh, transgender, transisi gender

Abstract

Isu Gender Identity Disorder (GID) atau kecelaruan identiti jantina semakin mendapat perhatian masyarakat global termasuk di Malaysia selari dengan perkembangan media sosial, budaya moden dan teknologi perubatan semasa. Fenomena ini bukan sahaja melibatkan perubahan tingkah laku dan gaya hidup, malah turut merangkumi penggunaan hormon silang jantina, pembedahan pertukaran jantina serta rawatan moden lain bagi menyerupai jantina bertentangan. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis konsep tasyabbuh dalam kalangan individu Gender Identity Disorder serta menilai kedudukan kaedah rawatan pertukaran jantina menurut perspektif hukum Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk deskriptif dan eksploratif melalui kaedah analisis dokumen dan temu bual semi berstruktur bersama pakar hukum Islam, pakar psikologi dan individu transgender. Analisis dokumen melibatkan penelitian terhadap sumber-sumber utama Islam seperti al-Quran, hadis, kitab fiqh klasik dan kontemporari serta dokumen akademik berkaitan Gender Identity Disorder. Hasil kajian menunjukkan bahawa Islam melarang segala bentuk tasyabbuh terhadap jantina bertentangan sama ada melalui pemakaian, percakapan, tingkah laku mahupun perubahan fizikal. Kajian turut mendapati bahawa penggunaan hormon silang jantina, pembedahan pertukaran jantina dan teknologi perubatan moden lain berfungsi sebagai medium pembentukan identiti fizikal yang menyerupai jantina bertentangan. Selain itu, faktor keluarga, pengaruh sosial dan konflik identiti semasa remaja dikenal pasti sebagai antara faktor yang menyumbang kepada pembentukan identiti transgender. Kajian ini merumuskan bahawa pendekatan terhadap individu Gender Identity Disorder perlu dilaksanakan secara berhikmah melalui bimbingan agama, rawatan psikologi dan sokongan sosial tanpa mengetepikan prinsip maqasid syariah dan pemeliharaan fitrah manusia menurut Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-09-17

How to Cite

Muhamad Sharifuddin, N., Ramli, M. A., Hassan, P., Musa, A. N., Jamil, A. N., & Jaapar, K. (2026). Dari fitrah kepada transisi gender: Analisis tasyabbuh dalam gender identity disorder. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 356–367. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4548