Elemen al-taṣwīr al-fannī dalam wacana argumentatif al-Quran: Analisis deskriptif daripada Surah al-Isra'
Keywords:
balaghah, mukjizat, Surah Al-Isra’, taswir fanni, wacana argumentatifAbstract
Makalah ini mengupas kajian berkaitan ilmu balaghah yang menghubungkait aspek keindahan seni bahasa dan aspek wacana yang terdapat dalam al-Quran. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti keindahan teknik al-taswir al-fanni dan peranannya dalam menghidupkan wacana argumentatif dalam al-Quran melalui analisa yang dilakukan daripada beberapa ayat dalam surah pilihan iaitu Surah Al-Isra’. Kaedah kajian ini dijalankan adalah melalui kajian kepustakaan menggunakan metode analisis deskriptif. Elemen-elemen al-taswir al-fanni yang menonjolkan keindahan terhadap mesej yang ingin disampaikan dalam ayat-ayat pilihan dikenalpasti dengan merujuk buku-buku tafsir al-Quran di samping memperoleh latar belakang sebab penurunan ayat dan menggali khazanah ketinggian nilai iʿjāz al-Quran yang terkandung di dalamnya. Kajian ini mendapati bahawa ketepatan dalam pemilihan kata, keserasian makna dan keindahan susunan kata serta paparan yang digambarkan di samping keserasian irama memberi sumbangan yang tidak ternilai dalam mengangkat kedudukan ayat dalam wacana argumentatif dan membuktikan kemukjizatan al-Quran yang tiada tandingannya.










