Integrasi kecerdasan buatan (AI) dalam terjemahan Arab-Melayu: Analisis ketepatan semantik-sintaksis pola ayat kata kerja
Keywords:
AI, Pola Ayat Kata Kerja, Semantik- Sintaksis Terjemahan Arab-MelayuAbstract
Kecerdasan buatan (AI) merevolusikan terjemahan Arab-Melayu melalui kepantasan dan pemahaman konteks yang lebih baik dalam bidang penterjemahan. Penggunaan aplikasi ChatGPT dalam terjemahan Arab- Melayu membuka dimensi baharu dalam mengen298al pasti keupayaan AI menangani aspek linguistik yang kompleks. Kajian ini bertujuan menganalisis kemampuan/kapasiti ChatGPT dalam menterjemah pola ayat kata kerja bahasa Arab dengan menumpukan kepada komponen al-mafā‘īl dari sudut semantik dan sintaksis. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen yang dilakukan terhadap tugasan pelajar. Korpus kajian ini adalah komponen al-mafā‘īl yang terbahagi kepada beberapa bentuk, yang digunakan dalam pola ayat kata kerja. Hasil terjemahan ChatGPT dianalisis dengan menggunakan pendekatan dalam terjemahan bagi menilai ketepatan makna yang diberikan dalam bahasa sasaran, selain mengenal pasti makna semantik dan makna sintaks. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ChatGPT dapat menghasilkan terjemahan yang jelas dan makna umum dapat difahami. Namun, terdapat beberapa keterbatasan dari sudut ketepatan struktur linguistik dan makna yang spesifik, yang berpotensi mempengaruhi ketepatan interpretasi teks. Kesimpulannya, AI merupakan instrumen sokongan yang praktikal dan bermanfaat dalam membantu proses penterjemahan, namun penggunaannya masih memerlukan sokongan pengetahuan linguistik Arab dan intervensi manusia. Kajian ini dapat menyumbang kepada integrasi AI dalam pedagogi pengajaran bahasa Arab dan terjemahan Arab-Melayu.










