Prinsip-prinsip 'ibād al-Raḥmān sebagai panduan Generasi Z dalam menghadapi cabaran kontemporari

Authors

Keywords:

Cabaran Kontemporari, Generasi Z, Ibād al-Raḥmān, Kerangka Psikospiritual, Tafsir al-Quran

Abstract

Generasi Z berhadapan dengan pelbagai cabaran kontemporari yang kompleks khususnya pada era digitalisasi seperti syirik moden, jenayah bunuh dan zina, kecenderungan terhadap gaya hidup yang bertentangan dengan nilai moral dan agama serta tekanan sosial di alam maya. Oleh yang demikian, keperluan terhadap panduan berasaskan nilai al-Quran menjadi semakin signifikan bagi membentuk daya tahan diri yang seimbang. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis prinsip ‘ibād al-Raḥmān dalam surah al-Furqan ayat 68 hingga 72 sebagai kerangka panduan bagi Generasi Z dalam mendepani cabaran semasa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis tematik terhadap ayat terpilih dengan meneliti makna teks berpandukan tafsiran para mufasir serta mengaitkannya dengan realiti cabaran psikososial Generasi Z. Hasil kajian mengenal pasti tiga tema utama yang membentuk kerangka nilai iaitu: (1) pembentukan watak unggul dengan keteguhan tauhid dan menjauhi dosa besar, (2) pemulihan jiwa dengan konsep taubat dan harapan serta (3) pembinaan integriti dan penolakan perkara sia-sia bagi memantapkan etika komunikasi dan kematangan emosi di alam maya. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga prinsip ‘ibād al-raḥmān tersebut menyediakan satu kerangka psikospiritual yang tuntas dan relevan dalam membimbing Generasi Z ke arah kehidupan yang lebih beretika. Kajian ini mencadangkan agar kefahaman holistik ini diintegrasikan dalam pembangunan modul intervensi sosial dan silibus literasi digital bagi memperkukuh jati diri generasi muda dalam menghadapi arus teknologi kontemporari.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-09-17

How to Cite

Mohamed, S. N., Abd Razzak, M., Yusoff, S., & Mohamed, S. N. (2026). Prinsip-prinsip ’ibād al-Raḥmān sebagai panduan Generasi Z dalam menghadapi cabaran kontemporari. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 268–283. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4542