Kerangka konseptual bagi model analisis ketekstualan dalam wacana hadis: Pendekatan linguistik teks

Authors

Keywords:

Analisis Wacana, Hadis Nabawi, Linguistik Teks Ketekstualan, Pentafsiran Hadis

Abstract

Kajian hadis Nabawi secara tradisional lazimnya menumpukan aspek sanad, status kesahihan, serta apek linguistic daripada analisis bahasa pada peringkat leksikal dan sintaksis. Namun, analisis linguistik terhadap matan hadis masih bersifat terpisah kerana terbatas kepada unit kata dan ayat, tanpa menilai hadis sebagai satu teks yang mempunyai kesatuan makna, tujuan komunikasi dan hubungan konteks secara menyeluruh. Hal ini menyebabkan aspek tekstual hadis masih belum dianalisis secara menyeluruh dan sistematik. Sehubungan itu, kertas konsep ini bertujuan mencadangkan satu model analisis hadis berasaskan pendekatan ketekstualan dalam disiplin linguistik teks. Pendekatan ini menekankan tujuh piawaian utama ketekstualan, iaitu kohesi (Cohesion), koherensi (Coherence), kesengajaan (intensionality), kebolehterimaan (acceptability), keinformatifan (informativity), kesituasian (situationality) dan ketertekstualan (intertextuality), sebagai asas dalam memahami struktur dan makna wacana hadis secara lebih holistik. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan aplikasi kaedah analisis kandungan (content analysis) dan sintesis konseptual (conceptual synthesis) melalui penelitian terhadap literatur berkaitan linguistik teks dan ulum al-hadith bagi membina model konseptual yang integratif. Hasil perbincangan menunjukkan bahawa penerapan elemen ketekstualan mampu memperkayakan pentafsiran hadis dengan menonjolkan aspek tujuan komunikasi Rasulullah SAW, hubungan antara unsur bahasa, serta konteks situasi yang melatari pengucapan hadis. Satu model konseptual analisis hadis berasaskan ketekstualan dicadangkan sebagai landasan kepada kajian empirikal pada masa hadapan, khususnya dalam memahami makna tersirat dan fungsi komunikatif hadis Nabawi secara lebih komprehensif.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-09-17

How to Cite

Abd Gani, M. I., Mat Shaid @ Md Said, N., Saleh Ali, A. S., & Ibrahim, M. N. A. (2026). Kerangka konseptual bagi model analisis ketekstualan dalam wacana hadis: Pendekatan linguistik teks. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 254–267. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4541