Mengurut sebagai tradisi penjagaan wanita selepas bersalin: Kajian etnik Melayu, Banjar dan Rawa di Perak
Keywords:
Mengurut, Wanita berpantang, Tradisi Melayu, Banjar Perak, Rawa PerakAbstract
Amalan mengurut merupakan salah satu kaedah penjagaan tradisional yang diamalkan secara meluas dalam kalangan wanita Melayu selepas bersalin. Kajian ini bertujuan meneliti amalan mengurut sebagai tradisi penjagaan wanita berpantang dalam kalangan etnik Melayu, Banjar dan Rawa di Negeri Perak. Fokus utama kajian adalah untuk mengenal pasti bentuk amalan, tujuan pelaksanaan serta menilai kesesuaiannya dari sudut budaya, kesihatan dan Syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual dan analisis dokumen. Dapatan menunjukkan bahawa amalan mengurut mempunyai persamaan dari segi tujuan iaitu memulihkan tenaga, melancarkan peredaran darah dan mengembalikan kedudukan rahim, namun terdapat perbezaan dari segi teknik, tempoh dan kepercayaan yang menyertainya mengikut etnik. Kajian ini mencadangkan agar amalan ini didokumentasikan secara sistematik serta dinilai agar selari dengan keperluan kesihatan moden dan prinsip Syariah.










