Kearifan tempatan dan pandangan alam Islam dalam seni bina vernakular Melayu: Penilaian semula terhadap ruang, alam dan makna

Authors

Keywords:

Kearifan Tempatan, Pandangan Alam Islam, Seni Bina Vernakular Melayu, Ruang, Alam Sekitar

Abstract

Seni bina vernakular Melayu bukan sekadar manifestasi fizikal keperluan tempat tinggal, bahkan merupakan cerminan kearifan tempatan yang terbina melalui pengalaman sejarah, interaksi dengan alam serta penghayatan nilai Islam. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian terdahulu lebih menumpukan aspek teknikal, estetika dan tipologi binaan tanpa menelusuri dimensi pandangan alam Islam yang membentuk makna ruang dan hubungan manusia dengan persekitarannya. Justeru, artikel ini bertujuan menganalisis kearifan tempatan dalam seni bina vernakular Melayu melalui kerangka pandangan alam Islam dengan menilai semula konsep ruang, alam dan makna yang terkandung dalam binaan tradisional Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis konseptual dan kajian dokumen terhadap literatur seni bina, teks budaya Melayu dan sumber pemikiran Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seni bina vernakular Melayu dibentuk oleh prinsip tauhid, keseimbangan (mīzān), dan amanah yang diterjemahkan secara nyata melalui organisasi ruang, seperti pembahagian privasi antara serambi dan rumah ibu, orientasi rumah yang mengoptimumkan pengudaraan pasif, penggunaan bahan binaan tempatan serta susun atur ruang yang menyokong adab, kesederhanaan dan hubungan harmonis antara manusia dengan alam. Penemuan ini memperlihatkan bahawa seni bina vernakular Melayu bukan sekadar penyelesaian teknikal terhadap iklim tropika, tetapi merupakan manifestasi pandangan alam Islam yang membentuk identiti budaya dan etika persekitaran binaan. Artikel ini menyumbang kepada wacana akademik dengan menempatkan seni bina Melayu sebagai satu sistem nilai berteraskan kearifan tempatan dan etika Islam, serta relevan dalam perbincangan seni bina lestari kontemporari.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-09-17

How to Cite

Mahyuddin, M. N., & Yusof @Salleh, M. Y. (2026). Kearifan tempatan dan pandangan alam Islam dalam seni bina vernakular Melayu: Penilaian semula terhadap ruang, alam dan makna. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 189–211. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4537