Menuju kesempurnaan insan: Autobiografi dan wacana etika dalam karya Al-Akhlaq wa al-Siyar
Keywords:
al-Akhlāq wa al-Siyar, Ibn Hazm, Penulisan autobiografi, Sastera adab, Terapi jiwa, Wacana etikaAbstract
Karya al-Akhlaq wa al-Siyar fi Mudawat al-Nufus oleh Ibn Hazm merupakan antara teks sastera adab yang menggabungkan wacana etika dengan pengalaman peribadi pengarang. Kajian ini bertujuan menganalisis teknik penulisan autobiografi dalam karya tersebut serta peranannya dalam membentuk penyampaian nilai moral. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis teks dengan mengaplikasikan Teori Naratif Jerome Bruner (1986), di samping menumpukan kepada aspek naratif, stilistik, dan fungsi didaktik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya penulisan yang ringkas, aforistik, dan padat makna memperkukuh kesan moral kepada pembaca, manakala penyisipan pengalaman peribadi berfungsi sebagai “pernyataan kendiri” yang meningkatkan kredibiliti dan kesan emosional. Konsep utama seperti akhlaq, nafs, ʿaql, dan saʿadah membentuk kerangka pemikiran insan ideal, sementara struktur nasihat (naṣiḥah) dan fungsi didaktik (ta’dib) memperlihatkan proses bertahap daripada kesedaran diri kepada pembaikan tingkah laku. Secara keseluruhan, kajian ini merumuskan bahawa karya ini bukan sekadar teks etika, tetapi sebuah karya sastera adab yang memanfaatkan teknik autobiografi sebagai medium transformasi insan, sekali gus menegaskan kerelevanannya dalam pendidikan moral dan psikospiritual masa kini.










