Pendekatan metodologi Imam al-Shahrastani berdasarkan kitab al-Milal wa al-Nihal terhadap pembentukan hubungan antara agama masyarakat: Satu analisis

Authors

Keywords:

Al-Milal Wa Al-Nihal, Al-Shahrastani, Hubungan Antara Agama, Metodologi

Abstract

Kitab Al-Milal Wa Al-Nihal adalah karya agung yang dijadikan rujukan dalam bidang akidah, terutamanya dalam perbahasan perbandingan agama dan pemikiran Islam. Namun, kajian pendekatan metodologi yang digunakan al-Shahrastani secara khusus masih kurang dibahaskan secara meluas. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pendekatan metodologi al-Shahrastani dalam Al-Milal wa Al-Nihal serta menilai sumbangan karya ini terhadap hubungan antara agama yang berbeza dalam masyarakat. Kajian ini merupakan kajian literatur atau bibliografi yang menggunakan pendekatan kualitatif secara deskriptif terhadap artikel ilmiah, jurnal dan buku yang berkaitan dengan tajuk kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa al-Shahrastani mengaplikasikan beberapa kaedah metodologi dalam menghuraikan kepelbagaian aliran kepercayaan agama, secara pendekatan deskriptif yang komprehensif, klasifikasi yang sistematik dan perbandingan agama yang mendalam. Kitab Al-Milal wa Al-Nihal adalah karya yang patut dirujuk kerana ia tidak menunjukkan kecenderungan berat sebelah dalam membentangkan hubungan antara pelbagai aliran agama dan aliran falsafah dalam masyarakat. Justeru, metodologi yang dikemukakan oleh Al-Shahrastani melalui karyanya ini memberi sumbangan yang cukup signifikan dalam pembentukan hubungan antara agama yang lebih harmoni dalam masyarakat. Kajian lanjutan dicadangkan untuk memperlihatkan pendekatan metodologi yang digunakan karya-karya lain seperti Al-Iqtisad fi al-I'tiqad dan sebagainya agar menyumbang kepada pembentukan kerangka pemahaman hubungan antara agama masyarakat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-09-17

How to Cite

Abdul Ghani, S. M., Awang, A., Muhammad, H., & Mohd Daud, M. A. (2026). Pendekatan metodologi Imam al-Shahrastani berdasarkan kitab al-Milal wa al-Nihal terhadap pembentukan hubungan antara agama masyarakat: Satu analisis. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 50–59. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4528