Kepimpinan global pengarah dan penambahbaikan Kolej Komuniti Zon Timur, Malaysia: Peranan pemerkasaan pensyarah sebagai mediator

Authors

  • Mohammad Azwan Ja'afar Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Muhammad Faizal Abd. Ghani Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia

Keywords:

Kepimpinan global, pemerkasaan pensyarah, penambahbaikan kolej komuniti, mediator, TVET

Abstract

Agenda transformasi kolej komuniti di bawah ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara menuntut pengarah institusi memiliki kompetensi kepimpinan global bagi mendepani cabaran globalisasi dan piawaian antarabangsa. Makalah konsep ini menyorot dan mensintesis literatur berkaitan tiga konstruk utama iaitu kepimpinan global pengarah (pembolehubah bebas), pemerkasaan pensyarah (mediator) dan penambahbaikan kolej komuniti (pembolehubah bersandar) bagi mencadangkan satu kerangka konseptual yang relevan dengan konteks kolej komuniti Zon Timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan), Malaysia. Menerusi kajian kepustakaan yang menilai secara kritis persamaan, perbezaan dan jurang kajian terdahulu, makalah ini mendapati kompetensi kepimpinan global pengarah diukur menerusi adaptasi Global Leadership Competency Inventory (Bird, 2019; Mendenhall et al., 2017) berpotensi besar meningkatkan pemerkasaan psikologi pensyarah (Spreitzer, 1995), lantas menyumbang kepada penambahbaikan pelbagai domain institusi TVET (Hussein et al., 2023). Bukti empirikal daripada konteks organisasi lain turut menyokong fungsi pemerkasaan sebagai mekanisme mediasi (Zhang & Bartol, 2010; Mohd Rashid et al., 2023), namun kajian bersepadu yang menguji ketiga-tiga konstruk ini serentak dalam konteks kolej komuniti Zon Timur masih tidak dijumpai. Justeru, makalah ini mencadangkan pemerkasaan pensyarah dikonsepsikan sebagai mediator kritikal dalam model kepimpinan-penambahbaikan institusi TVET, sekali gus menyediakan asas bagi pengujian empirikal seterusnya menerusi pendekatan seperti PLS-SEM.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-09-13

How to Cite

Ja'afar, M. A., & Abd. Ghani, M. F. (2026). Kepimpinan global pengarah dan penambahbaikan Kolej Komuniti Zon Timur, Malaysia: Peranan pemerkasaan pensyarah sebagai mediator. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 14–24. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4512