Pengurusan dan pentadbiran harta individu Islam yang menghidap gangguan identiti disosiatif: Analisis fiqh dan perundangan di Malaysia

Authors

  • Muhammad Fadzil Abdul Hadi Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi Selangor, Malaysia.
  • Yazid Ahmad Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi Selangor, Malaysia.

Keywords:

Gangguan Identiti Disosiatif, Ahliyyah al-Ada', Tasarruf Harta, `Akta Kesihatan Mental 2001, Maqasid Syariah

Abstract

Islam memberikan penekanan yang signifikan terhadap pemeliharaan akal dan harta manusia sebagai sebahagian daripada objektif utama Maqasid Syariah. Keupayaan seseorang individu untuk mengurus dan mentadbir hartanya bergantung kepada tahap kelayakan undang-undang (ahliyyah), khususnya keupayaan memahami dan melaksanakan tasarruf harta secara sah menurut hukum syarak. Walau bagaimanapun, Gangguan Identiti Disosiatif (Dissociative Identity Disorder) merupakan gangguan mental kompleks yang dicirikan oleh kewujudan dua atau lebih identiti berbeza yang disertai gangguan ingatan atau amnesia disosiatif, di mana tahap kesedaran, kawalan diri dan kefahamannya bersifat situasi, fluktuatif dan tidak berterusan. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kedudukan ahliyyah dan tasarruf harta pesakit DID menurut fiqh Islam, mengkaji kelompangan undang-undang di Malaysia, serta mengemukakan cadangan pemerkasaan tadbir urus harta bagi golongan ini. Menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis kandungan dan analisis tematik terhadap sumber fiqh, perundangan, literatur klinikal serta data temu bual pakar, kajian mendapati status kelayakan bertindak pesakit DID tidak boleh dihukum secara mutlak, sebaliknya diqiaskan kepada junūn ghayr mutbaq dan 'atah. Tasarruf harta sah ketika berada dalam fasa identiti utama (host), manakala fasa peralihan identiti (alter) menafikan elemen rusyd, al-qasd, dan al-ridha sehingga menjadikan akad terbatal atau tertakluk kepada pengesahan. Kajian turut mendapati wujud kelompangan dalam Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615) dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah yang mengguna pakai pendekatan binari yang tegar. Justeru, cadangan pemerkasaan dikemukakan merangkumi pindaan berasaskan pendekatan decision-specific dan time-specific capacity, penyediaan garis panduan forensik psikiatri di mahkamah, serta pemerkasaan instrumen wakalah, wisayah dan amanah bersyarat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-09-13

How to Cite

Abdul Hadi, M. F., & Ahmad, Y. (2026). Pengurusan dan pentadbiran harta individu Islam yang menghidap gangguan identiti disosiatif: Analisis fiqh dan perundangan di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 1–13. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4509