Komunikasi strategik dan penyampaian maklumat dalam pelaksanaan projek komuniti: Kajian kes penanaman ubi kayu di Segamat
Keywords:
Komunikasi Strategik, Penyampaian Maklumat, Projek Komuniti, Pengurusan Maklumat, Pembangunan Luar Bandar, Literasi MaklumatAbstract
Kejayaan sesebuah inisiatif pembangunan akar umbi sangat bergantung kepada keberkesanan penyampaian maklumat dan strategi komunikasi antara agensi pelaksana dengan komuniti sasar. Artikel ini mengkaji peranan komunikasi strategik dalam pelaksanaan projek komuniti melalui geran Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia bagi Matlamat Pembangunan Mampan (APPGM-SDG). Menggunakan Projek Penanaman Ubi Kayu di Segamat, Johor sebagai kajian kes, penyelidikan ini menganalisis bagaimana maklumat berkaitan tadbir urus geran, teknik pertanian, dan pemerkasaan sosioekonomi disebarkan kepada komuniti luar bandar. Pendekatan kualitatif digunakan untuk menilai aliran komunikasi dari peringkat penggubal dasar hingga ke peringkat pelaksana akar umbi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa komunikasi strategik yang berkesan yang menggabungkan platform digital dan interaksi bersemuka berjaya meningkatkan tahap literasi maklumat peserta, menggalakkan penyertaan aktif, dan mengurangkan asimetri maklumat. Walau bagaimanapun, cabaran seperti jurang digital dan perbezaan tahap pendidikan dalam kalangan komuniti luar bandar masih memerlukan intervensi komunikasi yang lebih khusus. Kajian ini merumuskan bahawa pengurusan maklumat yang sistematik dan komunikasi dua hala adalah prasyarat penting untuk memastikan kelestarian projek komuniti dan pencapaian matlamat pembangunan mampan di Malaysia.










