Keberkesanan dasar kerajaan dalam pembangunan ekonomi akar umbi: Penilaian projek komuniti penanaman ubi kayu di Segamat

Authors

  • Ros Hasri Ahmad Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Johor, Kampus Segamat, 85000 Segamat, Johor, Malaysia
  • Muhamad Ismail Pahmi Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Johor, Kampus Segamat, 85000 Segamat, Johor, Malaysia.
  • Shafiee Md Tarmudi Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Johor, Kampus Segamat, 85000 Segamat, Johor, Malaysia
  • Rahmawati Mohd Yusoff Pensyarah Kanan, Jabatan Undang-undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Johor, Kampus Segamat, 85000 Segamat, Johor, Malaysia

Keywords:

Dasar Kerajaan, Ekonomi Akar Umbi, Keusahawanan Tani, Pembangunan Komuniti, Keterjaminan Makanan, Matlamat Pembangunan Lestari (SDG)

Abstract

Pembangunan ekonomi akar umbi merupakan tunjang kepada kestabilan sosioekonomi sesebuah negara, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Artikel ini menilai keberkesanan dasar kerajaan Malaysia dalam memacu pembangunan ekonomi komuniti luar bandar melalui penilaian Projek Komuniti Penanaman Ubi Kayu di Segamat, Johor. Kajian ini memfokuskan kepada impak pemberian geran oleh kerajaan di bawah inisiatif kumpulan rentas parti parlimen (APPGM-SDG) dalam konteks pembasmian kemiskinan (Matlamat Pembangunan Lestari 1 [SDG 1]: Tiada Kemiskinan) dan keterjaminan makanan (Matlamat Pembangunan Lestari 2 [SDG 2]: Sifar Kelaparan). Melalui pendekatan kualitatif yang melibatkan analisis dokumen dasar dan tinjauan literatur, dapatan kajian menunjukkan bahawa pembiayaan secara langsung kepada komuniti berjaya merangsang keusahawanan tani, meningkatkan pendapatan isi rumah, dan membina daya tahan komuniti. Namun begitu, kelestarian projek sangat bergantung kepada pemantauan berterusan, pemindahan teknologi, dan kecekapan pengurusan dana di peringkat akar umbi. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman empirikal mengenai peranan campur tangan kerajaan dalam pembangunan ekonomi tempatan serta mencadangkan penambahbaikan ke atas mekanisme penyampaian dasar awam untuk memastikan impak jangka panjang yang lebih optimum.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-06-30

How to Cite

Ahmad, R. H., Pahmi, M. I., Md Tarmudi, S., & Mohd Yusoff, R. (2026). Keberkesanan dasar kerajaan dalam pembangunan ekonomi akar umbi: Penilaian projek komuniti penanaman ubi kayu di Segamat. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(83), 1015–1025. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4490