Fleksibiliti ibadah dalam Islam: Kefahaman dan amalan jemaah masjid kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang terhadap rukhsah solat ketika sakit

Authors

  • Habibah Ayob Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh 13500 Pulau Pinang Malaysia,
  • Abd Malik Ayob Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah, 33000 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
  • Noor Mumtazah Hashim Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah, 33000 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia,
  • Emie Sylviana Mohd Zahid Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh 13500 Pulau Pinang Malaysia
  • Nur Farahiyah Nor Mohamad Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh 13500 Pulau Pinang Malaysia

Keywords:

Fleksibiliti, Ibadah, Rukhsah, Solat Ketika Sakit, Jemaah Masjid

Abstract

Kajian ini bertujuan meneliti fleksibiliti ibadah dalam Islam melalui konsep rukhsah solat ketika sakit dengan memberi tumpuan kepada tahap kefahaman dan amalan jemaah masjid di Kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan metodologi campuran kepustakaan dan lapangan yang melibatkan 60 responden dari tiga masjid iaitu Masjid Abdullah Fahim, Masjid At-Taqwa dan Masjid Ibadur Rahman, dengan instrumen soal selidik bahagian demografi, kefahaman (6 item) dan amalan (8 item) menggunakan skala Likert 5 mata yang dianalisis secara deskriptif melalui SPSS versi 23. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman jemaah berada pada tahap sangat tinggi (min=4.74, SP=0.374) dengan item kewajipan solat ketika sakit mencatat min tertinggi (4.88), manakala tahap amalan juga sangat tinggi (min=4.67, SP=0.425) terutamanya dalam pelaksanaan solat duduk (min=4.85) dan tayammum (min=4.75-4.83), namun cabaran relatif dikenal pasti pada aspek teknikal seperti pelaksanaan 13 rukun solat (min=4.32-4.38) dan amalan solat jamak (min=4.48). Kajian ini mengesahkan konsistensi antara kefahaman dan amalan rukhsah solat dalam kalangan jemaah yang mencerminkan keberkesanan masjid sebagai pusat pendidikan fiqh holistik, dengan faktor demografi matang (93.3% berumur 40 tahun ke atas), pengalaman sakit (61.7%) dan bimbingan berterusan (75%) menyumbang kepada pencapaian ini yang melebihi purata kajian di institusi pendidikan dan hospital, sekaligus menonjolkan keunikan ekosistem masjid dalam mengamalkan prinsip mashaqqah tajlib al-taysir selaras maqasid syariah serta memperkukuh ketahanan ummah menghadapi cabaran kesihatan kontemporari tanpa meninggalkan kewajipan solat.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-08-26

How to Cite

Ayob, H., Ayob, A. M., Hashim, N. M., Mohd Zahid, E. S., & Nor Mohamad, N. F. (2026). Fleksibiliti ibadah dalam Islam: Kefahaman dan amalan jemaah masjid kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang terhadap rukhsah solat ketika sakit. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(85), 787–806. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4481