Pola kolokasi ḥurūf al-jarr dalam novel Aulād Ḥāratinā karya Naguib Mahfouz: Analisis berdasarkan kerangka Ghazala (2007)
DOI:
https://doi.org/10.55573/JISED.118740Keywords:
kolokasi, ḥurūf al-jarr, Aulād Ḥāratinā, Naguib Mahfouz, Ghazala (2007), kolokasi nahuan, linguistik korpusAbstract
Kajian ini meneliti pola kolokasi ḥurūf al-jarr dalam novel Aulād Ḥāratinā karya Naguib Mahfouz dengan berpandukan kerangka pengkategorian kolokasi yang dikemukakan oleh Hasan Ghazala (2007). Kolokasi ḥurūf al-jarr merupakan antara aspek yang paling sukar dikuasai oleh pelajar bahasa Arab sebagai bahasa kedua dan paling kerap menjadi punca kesilapan penterjemahan, namun kajian yang meneliti fenomena ini dalam teks sastera Arab moden secara empirikal masih terhad. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif deskriptif yang disokong oleh analisis kekerapan korpus. Keseluruhan teks novel sebanyak 348 halaman yang mengandungi kira-kira 104,000 patah perkataan telah diekstrak dan dianalisis secara berkomputer untuk mengenal pasti ḥurūf al-jarr serta pola kolokasinya, sebelum setiap kolokasi disahkan dan dikategorikan mengikut empat pola kolokasi nahuan Ghazala, iaitu kata kerja + ḥurūf al-jarr, kata nama + ḥurūf al-jarr, kata sifat + ḥurūf al-jarr dan ḥurūf al-jarr + kata nama. Dapatan menunjukkan bahawa huruf fī merupakan ḥurūf al-jarr yang paling kerap (2,824 kemunculan), diikuti min (2,157), ’alā (1,377), ilā (1,252) dan ’an (517). Pola kata kerja + ḥurūf al-jarr merupakan pola kolokasi yang paling dominan. Kajian turut menemukan dua pola kolokasi yang sangat menonjol dalam gaya Mahfouz, iaitu pola kata kerja ujaran + bi-/fī + kata nama keadaan emosi yang mencatat lebih 300 kemunculan, serta pola ḥurūf al-jarr + kata nama ruang simbolik yang berfungsi membina geografi alegori novel. Kajian ini merumuskan bahawa kerangka Ghazala (2007) berkesan sebagai alat pengkategorian asas tetapi perlu diperluas dengan kategori kolokasi adverba emosi dan kolokasi berganda apabila diterapkan kepada teks naratif. Implikasi kajian ini penting kepada leksikografi kolokasi Arab, pengajaran bahasa Arab untuk penutur bukan natif dan penterjemahan teks sastera.
Downloads
References
Abaker, I. (2021). Translating collocations from English into Arabic and vice versa: An empirical study. International Journal of Linguistics and Translation Studies, 2(3), 1–11.
Abdul Razak, Z. R., & Mohamed, Y. (2024). Analisis konkordan kombinasi kata kerja bahasa Arab dan kata sendi dalam akhbar Mesir Al-Ahram. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 14(1), 51–59.
Al-Jarf, R. (2022). Undergraduate student-translators’ difficulties in translating English word + preposition collocations to Arabic. International Journal of Linguistics Studies, 2(2), 60–72.
Al-Qahtani, M. M. Z. (2023). Prepositions (huruf al-jar): Addition, deletion and attachment to the infinitives (al-af‘al al-mujarradah) in the Arabic sentence. Ijaz Arabi Journal of Arabic Learning, 6(2), 319–335. https://doi.org/10.18860/ijazarabi.v6i2.19651
Al-Rikaby, A. B. M., & Mohammad, A. L. M. A. (2023). Translating collocations in the Qur’an from Arabic into English: A particular reference to Surah Al-Fatiha. Lark, 15(3), 854–879.
Altamimi, B., & Sanosi, A. (2025). A corpus-based analysis of collocation translation by Arab EFL learners. Forum for Linguistic Studies, 7(5), 327–339.
Ats Tsaqofi, W., Nazillah, M. I. F., Abdullah, A., Abshar, U., & Maulani, A. (2022). Kolokasi frasa verbal (fi‘il) dan preposisi (ḥarf jar) dalam Surat An-Nisa’ pada Tafsir Al-Misbah karya M. Quraish Shihab. Al Mi’yar: Jurnal Ilmiah Pembelajaran Bahasa Arab dan Kebahasaaraban, 5(2), 257–282. https://doi.org/10.35931/am.v5i2.1387
Baker, M. (1992). In Other Words: A Coursebook on Translation. London: Routledge.
Benson, M., Benson, E., & Ilson, R. (1986). The BBI Combinatory Dictionary of English: A Guide to Word Combinations. Amsterdam: John Benjamins.
Fehri, A. F., & Alrawi, M. (2024). Motivating a fine-grained syntax of Arabic prepositional phrases. Frontiers in Language Sciences, 3, Article 1360562.
Firth, J. R. (1957). A synopsis of linguistic theory 1930–1955. Dalam Studies in Linguistic Analysis. Oxford: Blackwell.
Garancang, S. (2021). Makna-makna preposisi dalam bahasa Arab. Jurnal Shaut Al-Arabiyah, 9(1), 43–60.
Ghazala, H. (2007). Dar El-Ilm’s dictionary of collocations: English–Arabic. Beirut: Dar El-Ilm Lilmalayin.
Ghazala, H. S. (2024). On translating legal collocations (English–Arabic): A frame of reference. Journal of Contemporary Education Theory & Artificial Intelligence, JCETAI-106.
Mahfuz, N. (t.t.). Awlād ḥāratinā [Edisi digital, 348 halaman]. (Karya asal diterbitkan 1959).
Metwally, A. A., & Hamad, M. M. (2023). The impact of collocation competence on translation quality: Literature review. Arab World English Journal for Translation and Literary Studies, 7(1), 175–186. https://doi.org/10.24093/awejtls/vol7no1.13
Muhammad Alhadi, N. (2023). Teknik penterjemahan kolokasi kata kerja dalam penterjemahan Kalilah wa Dimnah kepada bahasa Melayu [Tesis sarjana, Universiti Putra Malaysia]. UPM Institutional Repository.
Newmark, P. (1988). A Textbook of Translation. New York: Prentice Hall.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norsyazwan, M., Syed Nurulakla, S., & Muhd Zulkifli, I. (2021). Masalah penterjemahan kolokasi Arab dalam Kalilah wa Dimnah. Jurnal Pengajian Islam, 14, 36–49.
Pawley, A., & Syder, F. H. (1983). Two puzzles for linguistic theory: Nativelike selection and nativelike fluency. Dalam J. C. Richards & R. W. Schmidt (Eds.), Language and Communication. London: Longman.
Sinclair, J. (1991). Corpus, Concordance, Collocation. Oxford: Oxford University Press.
Sonbul, S., El-Dakhs, D. A. S., & Alharbi, R. (2024). Rendering natural collocations in a translation task: The effect of direction, congruency, semantic transparency, and proficiency. International Journal of Applied Linguistics, 34(1), 117–133.
Sonbul, S., El-Dakhs, D. A. S., & Al-Otaibi, H. (2022). Translation competence and collocation knowledge: Do congruency and word type have an effect on the accuracy of collocations in translation? The Interpreter and Translator Trainer, 16(4), 409–427.
Tammām Ḥassān. (1973). Al-Lughah al-'Arabiyyah: Ma'nāhā wa Mabnāhā. Kaherah: Al-Hay'ah al-Miṣriyyah al-'Āmmah li al-Kitāb.
Shafri, M. H., Shaharuddin, H. N., Wan Othman, W. M. L., Abu Bakar, H. R., & Mohamad Isa, A. A. (2025). A corpus-based study of Arabic prepositions in Al-Jazeera Net news. Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 6(4), 520–534.
Zulfida, S., Prihantoro, P., & Anwar, M. (2025). Corpus analysis of verb and preposition collocations in the word “Āmana”: A study of meaning and function in the Qur’an. Borneo Journal of Language and Education, 5(1), 108–120. https://doi.org/10.21093/benjole.v5i1.9648










