Kerangka tiga dimensi keupayaan pengurusan sembelihan halal bagi rumah sembelihan ayam berskala kecil di Malaysia

Authors

  • Syarifah Md Yusof Islamic Business School, Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia,
  • Norazilawati Md Dahlal Islamic Business School, Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia,
  • Raziah Md Tahir Islamic Business School, Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia,
  • Azizah Othman Islamic Business School, Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia,

Keywords:

Pengurusan Sembelihan Halal, Rumah Sembelihan Ayam Berskala Kecil, Kawalan Syariah, Integriti Halal, Halalan Toyyiban

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk membangunkan suatu kerangka konseptual tiga dimensi bagi menerangkan keupayaan pengurusan sembelihan halal secara menyeluruh dalam konteks rumah sembelih ayam berskala kecil di Malaysia. Kajian ini berbentuk analisis konseptual yang dibina melalui kaedah sintesis tematik terhadap sorotan kajian-kajian terdahulu serta dokumen-dokumen autoritatif yang berkaitan. Kajian ini tidak menguji hubungan sebab-akibat secara empirikal, sebaliknya menyediakan asas penerangan secara konseptual. Hasil dapatan kajian mencadangkan satu kerangka yang mengintegrasikan tiga dimensi penting iaitu kawalan syariah aktif, infrastruktur dan kapasiti operasi serta tadbir urus dan pengawalseliaan halal. Hasil analisis menunjukkan bahawa keupayaan pengurusan sembelihan halal merupakan hasil sistemik yang sangat bergantung pada kesepadanan antara ketiga-tiga dimensi tersebut. Artikel ini turut menekankan "prinsip ketidakbolehgantian" yang bermaksud kelemahan serius pada mana-mana satu dimensi akan menjadi titik sekatan yang akan mengehadkan sumbangan dimensi-dimensi yang lain secara keseluruhan. Secara tuntasnya, keupayaan pengurusan premis sembelihan tidak seharusnya dinilai secara berasingan, tetapi mesti dilihat sebagai satu konfigurasi yang bersepadu. Kerangka konseptual ini menawarkan pendekatan diagnostik untuk mengenal pasti titik kelemahan sebenar operasi sesebuah premis. Ia juga bertindak sebagai asas yang kukuh bagi kajian lapangan pada masa hadapan serta membantu dalam pembangunan intervensi yang bersesuaian dengan keadaan sebenar rumah sembelihan berskala kecil.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-08-03

How to Cite

Md Yusof, S., Md Dahlal, N., Md Tahir, R., & Othman, A. (2026). Kerangka tiga dimensi keupayaan pengurusan sembelihan halal bagi rumah sembelihan ayam berskala kecil di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(84), 900–915. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4441