Analisis literatur terhadap cabaran pengurusan institusi tahfiz swasta di Malaysia

Authors

  • Azizi Amerul Shafiq Anuar Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia
  • Ahmad Rozaini Ali Hasan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia
  • Ahmad Firdaus Mohd Noor Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia
  • Amirah Mursyidah Zainalabidin Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, 33000 Perak, Malaysia.

Keywords:

institusi swasta, tahfiz swasta, kualiti huffaz, cabaran pengurusan, pentadbiran

Abstract

Artikel ini membincangkan kepelbagaian pengurusan institusi tahfiz swasta di Malaysia dengan gambaran bahawa institusi ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam aspek penubuhan dan pengurusan. Pengusaha tahfiz swasta berdepan dengan cabaran pengurusan yang mempengaruhi kualiti mahupun kelestarian pendidikan huffaz menjadi lebih baik atau sebaliknya. Kajian ini bertujuan menganalisis cabaran berkaitan pengurusan dari aspek infrastruktur, kualiti guru, kurikulum dan sumber kewangan institusi tahfiz swasta dari beberapa kajian terdahulu. Pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis dokumen digunapakai bagi memahami cabaran yang dihadapi. Dapatan kajian menunjukkan wujud kelemahan pengurusan daripada aspek infrastruktur, kelompongan kualiti guru, ketidakselarasan kurikulum dan keterbatasan kewangan menjadi indikator utama yang jejaskan kualiti institusi tahfiz swasta. Kajian memperlihatkan keperluan intervensi yang jitu serta konsisten bagi memastikan keseimbangan institusi tahfiz swasta berada selari dengan arus pendidikan semasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-08-01

How to Cite

Anuar, A. A. S., Ali Hasan, A. R., Mohd Noor, A. F., & Zainalabidin, A. M. (2026). Analisis literatur terhadap cabaran pengurusan institusi tahfiz swasta di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(84), 879–887. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4431