Tinjauan pengamalan pentaksiran berterusan dalam pendidikan abad ke-21

Authors

  • Nor Sa’adah Jamaluddin Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
  • Normala Zulkifli Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
  • Siti Zubaidah Mohd Ariffin Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
  • Noradzimah Abd Majid Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak

Keywords:

Pentaksiran Berterusan, Pentaksiran Formatif, Pentaksiran Sumatif, Abad ke-21

Abstract

Kajian ini meneroka pengamalan pentaksiran berterusan yang berfungsi sebagai proses pengumpulan maklumat sistematik merangkumi gabungan pentaksiran formatif dan sumatif bagi memantau kemajuan murid secara holistik dan menambaikan strategi pengajaran. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti tahap pemahaman serta cabaran yang dihadapi guru dalam mengintegrasikan pentaksiran formatif dan autentik bagi menyokong perkembangan kompetensi murid secara menyeluruh. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti jurang pelaksanaan dan bentuk bimbingan yang diperlukan oleh tenaga pengajar bagi memastikan amalan pentaksiran bilik darjah (PBD) berkesan. Kaedah penyelidikan kualititaif yang diaplikasikan menfokuskan kepada analisis kandungan. Dapatan menunjukkan bahawa peralihan daripada sistem berorientasikan peperiksaan kepada pentaksiran alternatif ini membolehkan kemahiran murid dinilai merangkumi domain kognitif, afektif, dan psikomotor melalui pelbagai instrumen seperti projek, pemerhatian, dan penyelesaian masalah. Kajian ini turut menekankan kepentingan kolaborasi antara pendidik, pembuat dasar, dan pembangun teknologi, serta menyarankan agar kajian masa hadapan memfokuskan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara beretika bagi memastikan teknologi kekal sebagai pemudah cara yang tidak menghakis nilai kemanusiaan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-07-31

How to Cite

Jamaluddin, N. S., Zulkifli, N., Mohd Ariffin, S. Z., & Abd Majid, N. (2026). Tinjauan pengamalan pentaksiran berterusan dalam pendidikan abad ke-21. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(85), 660–671. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4378