Faktor-faktor mempengaruhi kesediaan persaraan dalam kalangan wanita Lembah Klang

Authors

  • Nur Amalina Murni Muhamed Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Hartini Jaafar Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Keywords:

Kesediaan Persaraan, Wanita Bekerja, Lembah Klang, Celik Kewangan, Tekanan Kewangan, Amalan Pengurusan Kewangan, Efikasi Kendiri Persaraan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan persaraan serta faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan persaraan dalam kalangan wanita bekerja di Lembah Klang, Malaysia. Faktor yang dikaji merangkumi celik kewangan, tekanan kewangan, amalan pengurusan kewangan, efikasi kendiri persaraan, dan faktor demografi seperti umur, tahap pendidikan serta pendapatan bulanan responden. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan keratan rentas. Data dikumpulkan melalui soal selidik dalam talian yang diedarkan kepada 384 orang wanita bekerja di Lembah Klang. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan analisis regresi berganda bagi menentukan pengaruh pemboleh ubah bebas terhadap kesediaan persaraan. Kajian ini berasaskan Teori Tingkah Laku Terancang, Teori Kecenderungan Merancang, dan Teori Penanggungan Risiko dan Penggunaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tekanan kewangan, amalan pengurusan kewangan, dan efikasi kendiri persaraan mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kesediaan persaraan, dengan efikasi kendiri persaraan merupakan peramal yang paling dominan. Sebaliknya, celik kewangan dan pendapatan bulanan tidak mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kesediaan persaraan. Selain itu, umur dan tahap pendidikan didapati mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan kesediaan persaraan. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa kesediaan persaraan wanita dapat dipertingkatkan melalui pengukuhan amalan pengurusan kewangan, pengurusan tekanan kewangan yang berkesan serta peningkatan efikasi kendiri dalam merancang persaraan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-07-31

How to Cite

Muhamed, N. A. M., & Jaafar, H. (2026). Faktor-faktor mempengaruhi kesediaan persaraan dalam kalangan wanita Lembah Klang. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(85), 647–659. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4377