Pembangunan modul pembelajaran berasaskan projek dan adventure based learning (PAL) dalam mata pelajaran Matematik tahun 6: Analisis keperluan guru

Authors

  • Haryati Ismail Jabatan STEM, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
  • Mazlini Adnan Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia
  • Noorashikim Noor Ibrahim Jabatan STEM, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Keywords:

modul, Matematik, pembelajaran berasaskan projek, adventure based learning

Abstract

Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek Dan Adventure Based Learning (PAL) mempunyai  cabarannya  yang  tersendiri  dan  perlu  diberi  pendedahan  dalam  kurikulum  seiring dengan keperluan inovasi dalam kaedah pengajaran guru.  Namun  kajian  mengenai  keberkesanan  Modul PAL  dalam  mata  pelajaran  Matematik masih  kurang  dijalankan. Justeru,  tujuan kajian  ini  adalah  untuk  membangun dan  menilai  keberkesanan  Modul PAL  dalam  mata pelajaran  Matematik di sekolah  rendah. Fasa  pertama kajian  ini  adalah untuk  mengenal  pasti keperluan  guru-guru  Matematik terhadap  Modul PAL. Analisis keperluan ini juga bertujuan untuk menentukan keperluan dan kesediaan guru terhadap Modul PAL dalam pengajaran mata pelajaran Matematik sekolah rendah. Analisis awal keperluan dijalankan berdasarkan protokol temubual yang melibatkan 6 orang guru yang mengajar mata pelajaran Matematik di sekolah rendah. Dapatan  kajian  menunjukkan  bahawa  kesediaan  guru  dalam  aspek  pelaksanaan  dan  pengetahuan  masih  belum  mencukupi. Guru-guru  juga  tidak menguasai kemahiran mengintegrasikan elemen-elemen Pengajaran PAL di dalam pengajaran Matematik. Kekurangan pengetahuan tentang cara pelaksanaan Pengajaran Berasaskan Projek dan adalah masalah yang dikenal pasti dihadapi oleh guru. Data temu bual turut menunjukkan bahawa guru memerlukan bahan panduan atau Modul Pembelajaran Berasaskan Projek dan Adventure Based Learning (PAL) yang sistematik, mudah digunakan dan bersesuaian untuk dijadikan panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Keperluan ini penting bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yang lebih berkesan, terancang dan berpusatkan murid.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-07-31

How to Cite

Ismail, H., Adnan, M., & Ibrahim, N. N. (2026). Pembangunan modul pembelajaran berasaskan projek dan adventure based learning (PAL) dalam mata pelajaran Matematik tahun 6: Analisis keperluan guru. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(85), 602–613. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4374