Pengaruh sifat tugas, peluang memajukan diri dan pengiktirafan terhadap pengekalan guru dalam kalangan guru sekolah menengah di negeri Perak

Authors

  • Nurul Wadhihah Amran Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Mahaliza Mansor Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Keywords:

Pendidikan, Penghargaan, Pengekalan Guru

Abstract

Pendidikan merupakan satu sektor yang amat penting dalam memacu kesejahteraan sesebuah negara dan berupaya dalam membangun negara secara lebih efektif. Sehubungan dengan itu, guru adalah penggerak utama dalam memastikan kelestarian kualiti pendidikan. Oleh itu, kajian ini mengkaji pengaruh penghargaan terhadap pengekalan guru dalam perkhidmatan di Perak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan jumlah sampel seramai 390 orang selain menggunakan persampelan berstrata berkadaran (proportionate stratified random sampling) dan persampelan rawak mudah. Dapatan kajian dianalisis menggunakan analisis inferensi, iaitu regresi berganda, bagi menguji pengaruh penghargaan terhadap pengekalan guru dalam perkhidmatan di Negeri Perak. Hasil dapatan kajian menunjukkan hanya dua peramal yang memberi pengaruh terhadap pengekalan guru iaitu sifat tugas dan peluang memajukan diri namun, pengiktirafan tidak memberikan pengaruh yang signifikan terhadap pengekalan guru. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa dimensi penghargaan sememangnya memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pengekalan guru, khususnya melalui aspek sifat tugas dan peluang memajukan diri. Oleh itu, pihak pengurusan sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memberi penekanan terhadap usaha memperkayakan tugasan guru, menyediakan laluan pembangunan profesional yang jelas serta mewujudkan persekitaran kerja yang mampu meningkatkan motivasi intrinsik guru. Pendekatan ini penting bagi memastikan guru terus bermotivasi, berpuas hati serta kekal komited dalam profesion perguruan untuk jangka masa panjang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-07-31

How to Cite

Amran, N. W., & Mansor, M. (2026). Pengaruh sifat tugas, peluang memajukan diri dan pengiktirafan terhadap pengekalan guru dalam kalangan guru sekolah menengah di negeri Perak. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(85), 564–577. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4372