Meneroka potensi tanah wakaf: Suatu analisa perbandingan perundangan terhadap kerangka pembangunan hartanah di Semenanjung Malaysia

Authors

  • Siti Nuruljannah Mohd Rumainor Postgraduate Studies, Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Johor, Kampus Segamat, 85000 Segamat, Johor, Malaysia.
  • Mohd Rilizam Rosli Senior Lecturer, 5Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, Jalan Purnama Bandar Seri Alam 81750 Masai Johor, Malaysia.
  • Rahmawati Mohd Yusoff Senior Lecturer, Department of Law, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Johor, Kampus Segamat, 85000 Segamat, Johor, Malaysia.

Keywords:

Tanah Wakaf, Pembangunan Hartanah, Analisa Perbandingan Perundangan, Semenanjung Malaysia

Abstract

Tanah wakaf merupakan salah satu instrumen filantropi Islam yang paling signifikan di Malaysia, namun potensinya dalam pembangunan hartanah masih kurang dimanfaatkan akibat kekangan perundangan, pentadbiran dan struktur. Kajian ini menggunakan metodologi berbentuk kajian kepustakaan untuk meneliti secara kritikal kerangka perundangan perbandingan yang mengawal pembangunan tanah wakaf di Semenanjung Malaysia. Analisis ini meneliti enakmen-enakmen negeri, statut persekutuan seperti Kanun Tanah Negara 1965, Akta Pengambilan Tanah 1960, dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, di samping manual pentadbiran seperti Manual Pengurusan Wakaf. Dengan membandingkan negeri-negeri yang mempunyai enakmen wakaf dengan negeri-negeri yang hanya beroperasi di bawah undang-undang pentadbiran Islam yang umum, kajian ini mengenal pasti sebilangan isu yang timbul. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembangunan hartanah wakaf di Semenanjung Malaysia menunjukkan interaksi yang kompleks antara undang-undang Persekutuan dan enakmen negeri. Walaupun kadangkala berlaku konflik bidang kuasa, amalan semasa menunjukkan bahawa kedua-dua kerangka ini saling melengkapi, dengan syarat wujud koordinasi dan kefahaman antara pihak berkuasa negeri serta agensi persekutuan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-07-29

How to Cite

Mohd Rumainor, S. N., Rosli, M. R., & Mohd Yusoff, R. (2026). Meneroka potensi tanah wakaf: Suatu analisa perbandingan perundangan terhadap kerangka pembangunan hartanah di Semenanjung Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(84), 789–799. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4368