Persepsi mahasiswa terhadap dasar pemberian bantuan pendidikan berdasarkan pendapatan keluarga

Authors

  • Fidlizan Muhammad Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
  • Azila Abdul Razak Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
  • Muhammad Adam Roslan Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
  • Mohd Yahya Mohd Hussin Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
  • Muhammad Hasbi Abdul Rahman Jabatan Ekonomi, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
  • Salwa Amirah Awang Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesen, Perak.

Keywords:

Persepsi, Dasar Bantuan Pendidikan, Keadilan Sosial, Keadilan Agihan, Ketelusan Dasar, Pendapatan Keluarga

Abstract

Dalam mendepani isu peningkatan kos sara hidup dan yuran pendidikan, organisasi pembiaya atau penaja sering menggunakan indikator pendapatan B40, M40, dan T20 sebagai pengukur kelayakan bantuan pengajian. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti persepsi mahasiswa terhadap dasar bantuan pelajar berasaskan pendapatan keluarga yang dilaksanakan di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan soal selidik yang melibatkan seramai 370 orang mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi. Empat pemboleh ubah bebas utama dikaji, iaitu keadilan sosial, implikasi sosial, keadilan agihan, dan ketelusan dasar, bagi menganalisis pengaruhnya terhadap penerimaan amalan dasar bantuan pendidikan ini. Hasil ujian kebolehpercayaan melebihi 0.89 bagi semua konstruk, menunjukkan tahap konsistensi instrumen yang tinggi. Keputusan model analisis regresi linear berganda mendapati model mempunyai kuasa penjelasan yang tinggi (R² = 0.823). Analisis pengaruh menunjukkan pemboleh ubah ketelusan dasar merupakan faktor paling dominan (B = 0.586, p < 0.05), diikuti oleh keadilan agihan dan keadilan sosial. Kajian ini merumuskan bahawa mahasiswa sangat menitikberatkan elemen integriti, ketelusan proses pemilihan, dan keadilan dalam agihan berbanding hanya kesan sosial semata-mata. Pihak berkepentingan disarankan untuk menyemak semula kriteria kelayakan agar lebih anjal dengan realiti kos sara hidup serta memperkasakan ketelusan pemakluman awam

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-07-30

How to Cite

Muhammad, F., Abdul Razak, A., Roslan, M. A., Mohd Hussin, M. Y., Abdul Rahman, M. H., & Awang, S. A. (2026). Persepsi mahasiswa terhadap dasar pemberian bantuan pendidikan berdasarkan pendapatan keluarga. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(85), 523–534. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4365