Pembentukan fakta sejarah dengan beretika dalam penyelidikan era digital menurut pemikiran Collingwood dan teori deontologi

Authors

  • Muhammad Zaid Mohd Sham Jabatan Sejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Keywords:

Pembentukan fakta sejarah, etika penyelidikan, era digital, Collingwood, Teori Deontologi

Abstract

Kajian ini membincangkan proses pembentukan fakta sejarah secara bertanggungjawab dalam penyelidikan pada era digital. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan konsep fakta sejarah serta ciri-ciri asasnya, menerangkan proses pembentukan fakta sejarah dalam penyelidikan moden yang berlandaskan etika dan moral, serta menjelaskan cabaran yang dihadapi dalam memproses dan membentuk fakta sejarah secara bermoral dalam pengkajian era digital dengan berlandas kepada pemikiran Collingwood dan Teori Deontologi. Dari sudut metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan merujuk kepada artikel-artikel ilmiah yang diperoleh daripada pangkalan data Jstor sebagai sumber utama kajian. Artikel jurnal dan buku dari pangkalan lain juga digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun kecerdasan buatan (AI) menawarkan pelbagai manfaat dalam penyelidikan sejarah, penggunaannya perlu ada sikap berhati-hati dan penilaian kritis terhadap maklumat yang dijana. Antara cabaran utama yang dikenal pasti ialah penghasilan maklumat yang tidak tepat atau mengandungi kesilapan fakta melalui penjanaan AI. Oleh itu, setiap maklumat yang diperoleh perlu disemak, dibandingkan dan disahkan melalui sumber yang sahih bagi memastikan ketepatan fakta sejarah. Tuntasnya, kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran para pengkaji tentang kepentingan menghasilkan fakta sejarah yang berkredibiliti dan berwibawa melalui proses pengesahan serta kritikan sumber yang sistematik. Langkah ini penting bagi mengelakkan kesangsian terhadap fakta sejarah dan memastikan integriti penyelidikan sejarah terus terpelihara dalam era digital.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-07-30

How to Cite

Mohd Sham, M. Z. (2026). Pembentukan fakta sejarah dengan beretika dalam penyelidikan era digital menurut pemikiran Collingwood dan teori deontologi. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(85), 432–434. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4359