Permuafakatan strategik sekolah-korporat dalam pengurusan pembangunan sukan luar bandar: Perspektif sektor awam

Authors

  • Mohd Shafiq Jahaya Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Mahaliza Mansor Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Keywords:

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), permuafakatan strategik, pembangunan sukan, sekolah luar bandar, CSR 2.0

Abstract

Pengurusan pembangunan sukan di sekolah luar bandar sering berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk kekangan kewangan, keterbatasan kemudahan fizikal dan kekurangan kapasiti sumber manusia. Keadaan ini menuntut pendekatan pengurusan yang lebih strategik melalui penglibatan pelbagai pihak berkepentingan, khususnya sektor korporat menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Kajian ini bertujuan meneroka cabaran pengurusan pembangunan sukan sekolah luar bandar serta meneliti potensi permuafakatan strategik antara sekolah dan sektor korporat daripada perspektif pemegang taruh awam. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian kes eksploratori yang melibatkan tiga orang informan terdiri daripada Guru Besar, Setiausaha Sukan dan Penolong Kanan Kokurikulum. Data dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis menggunakan Analisis Tematik. Dapatan kajian mengenal pasti tiga tema utama, iaitu perancangan strategik dan identiti organisasi, pengurusan sumber melalui mekanisme co-production, serta transformasi permuafakatan korporat ke arah CSR 2.0. Kajian mendapati bahawa pembinaan kebitaraan sekolah, perkongsian sumber secara kolaboratif dan pendekatan penciptaan nilai bersama berupaya meningkatkan keberkesanan pengurusan pembangunan sukan di sekolah luar bandar. Dapatan ini memberikan implikasi penting kepada penggubalan dasar dan amalan permuafakatan sekolah-korporat yang lebih sistematik, lestari dan berimpak tinggi dalam memperkukuh pembangunan sukan sekolah luar bandar.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

Mohd Shafiq Jahaya, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

2 Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Cyberjaya, Malaysia

Downloads

Published

2026-07-30

How to Cite

Jahaya, M. S., & Mansor, M. (2026). Permuafakatan strategik sekolah-korporat dalam pengurusan pembangunan sukan luar bandar: Perspektif sektor awam. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(85), 351–361. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4354