Pengaruh kepimpinan distributif terhadap komitmen organisasi dalam kalangan guru sekolah rendah kluster di Sarawak

Authors

  • Christine Tan Robert Faculty of Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Khalip Musa Faculty of Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Keywords:

Kepimpinan Distributif, Komitmen Organisasi, Sekolah Kluster

Abstract

Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 dirangka berteraskan prinsip keanjalan, kemampanan dan inovasi bagi memastikan sistem pendidikan negara kekal relevan dan dinamik. Justeru, kepimpinan guru yang menekankan kolaborasi, inovasi dan peningkatan kualiti pengajaran merupakan usaha yang selari dengan matlamat Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM). Guru berperanan sebagai pemimpin yang menyokong komuniti pembelajaran profesional serta kemenjadian murid selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 dan agenda pembangunan pendidikan mampan dalam Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035. Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh kepimpinan distributif terhadap komitmen organisasi dalam kalangan guru sekolah rendah kluster di Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan melalui soal selidik. Sampel kajian melibatkan 229 orang guru sekolah rendah kluster di Sarawak yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata berkadaran. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan distributif adalah tinggi (M = 4.329, SP = 0.396), manakala tahap komitmen organisasi guru juga berada pada tahap tinggi (M = 3.821, SP = 0.481). Walau bagaimanapun, analisis regresi menunjukkan bahawa kepimpinan distributif tidak mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap komitmen organisasi guru sekolah rendah kluster di Sarawak (R² = 0.007, p = .198). Sebagai rumusan, walaupun tahap kepimpinan distributif dan komitmen organisasi adalah tinggi, kepimpinan distributif bukan merupakan peramal yang signifikan kepada komitmen organisasi guru. Implikasi kajian menunjukkan bahawa usaha memperkukuh komitmen organisasi guru tidak seharusnya bergantung kepada amalan kepimpinan distributif semata-mata, sebaliknya perlu dilaksanakan secara bersepadu dengan faktor-faktor organisasi lain bagi menyokong pembentukan persekitaran pendidikan yang lebih berdaya saing dan berkesan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-07-30

How to Cite

Robert, C. T., & Musa, K. (2026). Pengaruh kepimpinan distributif terhadap komitmen organisasi dalam kalangan guru sekolah rendah kluster di Sarawak. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(85), 328–334. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4352