Kepimpinan distributif sebagai asas kepimpinan digital sekolah beretika

Authors

  • Mohd Faiz Mohd Baharan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Mahaliza Mansor Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Norafiza Amin Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Nik Mohd Fazreen Shah Azman Shah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Keywords:

Kepimpinan distributif, kepimpinan digital, sekolah beretika, budaya organisasi, nilai manusiawi

Abstract

Transformasi digital sekolah memerlukan kepimpinan yang bukan sahaja berorientasikan teknologi tetapi turut berasaskan budaya kolaboratif, tanggungjawab bersama dan nilai manusiawi. Artikel ini membentangkan sorotan integratif terhadap 25 artikel jurnal berwasit yang diterbitkan antara tahun 2018 hingga 2025 untuk: (i) memetakan landskap penyelidikan kepimpinan distributif dalam pendidikan; (ii) mensintesis tema, mekanisme pengantara dan keberhasilan utama; dan (iii) menafsir kedudukannya sebagai asas budaya organisasi bagi kepimpinan digital sekolah yang beretika. Artikel dikenal pasti melalui pencarian berperingkat, semakan tajuk, abstrak dan teks penuh, serta semakan rujukan silang. Data diekstrak ke dalam matriks analisis dan disintesis secara tematik. Dapatan mengenal pasti lima kluster utama, iaitu agensi, autonomi dan pembangunan profesional guru; budaya kolaboratif dan kepercayaan organisasi; komitmen, kesejahteraan dan kepuasan kerja; inovasi pengajaran dan kualiti instruksional; serta reformasi sekolah dalam konteks pendidikan digital. Merentas kluster tersebut, hubungan kepimpinan distributif dengan keberhasilan guru dan sekolah lazimnya dihuraikan melalui mekanisme seperti autonomi profesional, refleksi, kolaborasi, kepercayaan, efikasi kendiri dan komuniti pembelajaran profesional. Mekanisme tersebut turut dikaitkan dengan agensi guru, komitmen, kesejahteraan, inovasi dan kapasiti penambahbaikan sekolah. Walau bagaimanapun, literatur masih didominasi oleh kajian kuantitatif keratan rentas, manakala bukti empirikal langsung tentang hubungan kepimpinan distributif dengan kepimpinan digital sekolah masih terhad. Oleh itu, kepimpinan distributif lebih wajar ditafsir sebagai asas budaya organisasi yang berpotensi menyokong kepimpinan digital sekolah yang kolaboratif, inklusif, manusiawi dan bertanggungjawab, khususnya melalui penggunaan teknologi secara beretika, keadilan akses, akauntabiliti data serta tadbir urus perubahan yang telus, bukannya sebagai penyebab langsung.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-07-30

How to Cite

Mohd Baharan, M. F., Mansor, M., Amin, N., & Azman Shah, N. M. F. S. (2026). Kepimpinan distributif sebagai asas kepimpinan digital sekolah beretika. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(85), 288–304. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4348