Kepuasan kerja sebagai mediator dalam hubungan antara kepimpinan distributif dengan komitmen organisasi guru di sekolah menengah negeri Sarawak

Authors

  • Dayang Hironi Awang Kipli Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak, Malaysia.
  • Khalip Musa Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia.

Keywords:

kepimpinan distributif, kepuasan kerja, komitmen organisasi, guru sekolah menengah, analisis mediasi, Sarawak

Abstract

Kepimpinan distributif menekankan perkongsian pengaruh, tanggungjawab dan pembuatan keputusan dalam organisasi sekolah. Walaupun pendekatan ini sering dikaitkan dengan hasil kerja guru yang positif, mekanisme yang menghubungkannya dengan komitmen organisasi masih memerlukan bukti empirikal dalam konteks sekolah menengah di Sarawak. Kajian ini bertujuan menguji kepuasan kerja sebagai mediator dalam hubungan antara kepimpinan distributif dengan komitmen organisasi guru. Reka bentuk kuantitatif berbentuk tinjauan keratan rentas digunakan dengan melibatkan 378 orang guru sekolah menengah kebangsaan daripada 30 Pejabat Pendidikan Daerah di Sarawak yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata. Instrumen kajian mengandungi 40 item kepimpinan distributif, 28 item kepuasan kerja dan 18 item komitmen organisasi. Nilai Cronbach’s alpha bagi ketiga-tiga konstruk masing-masing ialah .883, .756 dan .873. Data dianalisis menggunakan IBM SPSS Statistics versi 25 dan PROCESS Macro Model 4 dengan 5,000 pensampelan semula bootstrap. Tahap kepimpinan distributif adalah tinggi (M = 4.27, SP = 0.56), manakala kepuasan kerja guru juga tinggi (M = 4.19, SP = 0.52). Kepimpinan distributif mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan kepuasan kerja (r = .598, p < .001) dan komitmen organisasi (r = .621, p < .001). Analisis mediasi menunjukkan kesan tidak langsung yang signifikan, ab = .1898, dengan selang keyakinan bootstrap 95% [.1409, .2433]. Oleh sebab selang keyakinan tersebut tidak merangkumi sifar, kepuasan kerja disahkan sebagai mediator yang signifikan. Dapatan menunjukkan bahawa kepimpinan distributif dapat mengukuhkan komitmen organisasi guru melalui pembentukan pengalaman kerja yang lebih memuaskan. Implikasi kajian menekankan kepentingan penglibatan guru dalam pembuatan keputusan, kolaborasi profesional, sokongan kepimpinan, pengiktirafan dan perkongsian tanggungjawab yang bermakna.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

Dayang Hironi Awang Kipli, Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak, Malaysia.

2 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Downloads

Published

2026-07-30

How to Cite

Awang Kipli, D. H., & Musa, K. (2026). Kepuasan kerja sebagai mediator dalam hubungan antara kepimpinan distributif dengan komitmen organisasi guru di sekolah menengah negeri Sarawak. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(85), 238–247. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4344