Hubungan kepimpinan guru dan tekanan kerja guru SABK di Sarawak

Authors

  • Francis Juman Faculty of Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Khalip Musa Faculty of Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Keywords:

Kepimpinan Guru, Tekanan Kerja Guru, SABK, Sarawak

Abstract

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 bertujuan untuk memastikan sistem pendidikan negara kekal relevan dan dinamik. Justeru, kepimpinan guru yang menekankan kolaborasi, inovasi dan peningkatan kualiti pengajaran merupakan usaha yang selari dengan peranan guru sebagai pemimpin yang menyokong komuniti pembelajaran profesional serta kemenjadian murid selaras dengan aspirasi PPPM 2013–2025. Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan kepimpinan guru dengan tekanan kerja guru. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik bagi mendapatkan data. Sampel kajian melibatkan 353 guru di Sekolah Rendah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Sarawak. Analisis data menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan guru adalah tinggi iaitu pada nilai (M=4.23, SP= .477), manakala tahap tekanan kerja guru adalah sederhana iaitu pada tahap (M=3.27, SP=.694). Kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan signifikan kepimpinan guru dengan tekanan kerja guru (r=-.005, sig=.928). Sebagai rumusan, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan guru tidak berkait secara langsung dengan tahap tekanan kerja guru dalam kalangan guru Sekolah Rendah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Sarawak. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa usaha mengurangkan tekanan kerja guru bukan hanya pengukuhan kepimpinan guru semata-mata, sebaliknya perlu merangkumi aspek seperti efikasi kendiri, beban tugas, sokongan organisasi dan persekitaran kerja. Dapatan ini turut memberikan panduan kepada pembuat dasar dan pihak pengurusan sekolah dalam merancang intervensi yang lebih menyeluruh bagi meningkatkan kesejahteraan guru serta memperkukuh keberkesanan organisasi sekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-07-30

How to Cite

Juman, F., & Musa, K. (2026). Hubungan kepimpinan guru dan tekanan kerja guru SABK di Sarawak. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(85), 207–221. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4342