Hubungan gaya kepimpinan multidimensi dengan komitmen organisasi dalam kalangan guru sekolah menengah kebangsaan di Sarawak

Authors

  • Nur Ruzaini Brangking Abdullah Department of Educational Management, Faculty of Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Khalip Musa Department of Educational Management, Faculty of Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Keywords:

gaya kepimpinan multidimensi, komitmen organisasi, sekolah menengah kebangsaan, positif

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap dan hubungan antara gaya kepimpinan multidimensi dengan komitmen organisasi dalam kalangan guru sekolah menengah kebangsaan di Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan melalui soal selidik. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Leadership Orientation Instrument (LOI) dan Organizational Commitment Scale (OCS). Seramai 375 orang guru sekolah menengah kebangsaan di Sarawak dipilih sebagai responden melalui kaedah pensampelan rawak berstrata dan rawak mudah. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 27 melibatkan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap gaya kepimpinan multidimensi adalah tinggi (M = 4.27, SP = 0.57). Selain itu, tahap komitmen organisasi berada pada tahap sederhana (M = 3.56, SP = 0.52). Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana dan signifikan antara gaya kepimpinan multidimensi dengan komitmen organisasi (r = .492, p < .001). Kesimpulannya, gaya kepimpinan multidimensi mempunyai hubungan yang positif terhadap komitmen organisasi guru sekolah menengah kebangsaan di Sarawak. Implikasi kajian memberikan indikator bahawa gaya kepimpinan multidimensi perlu dipraktikkan dalam usaha untuk meningkatkan  komitmen organisasi dalam kalangan guru.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-07-30

How to Cite

Abdullah, N. R. B., & Musa, K. (2026). Hubungan gaya kepimpinan multidimensi dengan komitmen organisasi dalam kalangan guru sekolah menengah kebangsaan di Sarawak. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(85), 193–195. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4340