Kerangka konseptual integrasi teori kepimpinan autentik dan teori penentuan kendiri dalam kepimpinan pendidikan
Keywords:
integrasi teori, kepimpinan autentik, teori penentuan kendiri, motivasi kerja guru, kerangka konseptualAbstract
Integrasi teori merupakan pendekatan yang semakin diiktiraf dalam penyelidikan kepimpinan pendidikan kerana berpotensi menghasilkan kerangka konseptual yang lebih menyeluruh dan mendalam dalam menjelaskan fenomena kepimpinan yang kompleks. Kertas konsep ini bertujuan menghuraikan integrasi Teori Kepimpinan Autentik (Walumbwa et al., 2008) dan Teori Penentuan Kendiri (Ryan & Deci, 2020) dalam konteks kepimpinan pendidikan, dengan tumpuan khusus kepada hubungan antara kepimpinan autentik guru besar dan motivasi kerja guru sekolah rendah di Sabah. Kertas konsep ini dibina melalui pendekatan analisis literatur naratif secara sistematik berdasarkan pangkalan data akademik Scopus, Web of Science dan ERIC, merangkumi kajian yang diterbitkan antara tahun 2003 hingga 2026. Analisis literatur menunjukkan bahawa keempat-empat dimensi kepimpinan autentik, iaitu kesedaran kendiri, perspektif moral dalaman, pemprosesan maklumat secara seimbang dan ketelusan perhubungan, masing-masing memiliki mekanisme pengaruh yang nyata terhadap pemenuhan tiga keperluan psikologi asas Teori Penentuan Kendiri, iaitu autonomi, kompetensi dan keterhubungan. Integrasi kedua-dua teori menghasilkan kerangka konseptual ALQ–MWMS baharu yang menjelaskan bagaimana amalan kepimpinan autentik guru besar berupaya menggerakkan motivasi kerja guru secara progresif daripada bentuk kawalan kepada bentuk yang lebih autonomi dan intrinsik. Dari sudut praktikal, kerangka ini berpotensi menjadi asas kepada pembangunan semula modul kepimpinan dalam program NPQEL serta memperkukuh sistem pemantauan kepimpinan sekolah di peringkat dasar pendidikan negara. Kerangka ini diharapkan dapat mengisi jurang teoritikal yang ketara dalam literatur kepimpinan pendidikan Malaysia, serta menyediakan asas yang kukuh bagi kajian empirikal lanjutan, khususnya dalam konteks sekolah rendah di Sabah.










