Pendekatan konseptual ke arah mendekolonisasi kurikulum latihan guru muzik di Malaysia

Authors

  • Asyira Ismail Jabatan Sains Sosial, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Malaysia
  • Mohd Isha Awang Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Keywords:

Pendidikan Muzik, Dekolonisasi Kurikulum, Kelestarian Budaya, Model Penilaian CIPP, Latihan Guru

Abstract

Pendidikan guru muzik masa kini bukan sahaja menuntut penguasaan teori dan praktikal, malah memerlukan kerelevanan budaya yang tinggi untuk melahirkan pendidik yang holistik. Walau bagaimanapun, dalam konteks pasca-kolonial seperti Malaysia, wujud cabaran besar untuk merapatkan jurang budaya antara paradigma muzik berpusatkan Barat dan warisan tradisional tempatan di institusi latihan guru. Kertas konsep ini mengupas isu ketidakseimbangan orientasi Maklumat Kursus (MK) pendidikan muzik yang didapati terlalu menekankan tradisi Barat, di mana ia berisiko menyekat pembentukan kesedaran budaya serta membataskan keupayaan bakal guru untuk memindahkan kemahiran pedagogi ke dalam konteks bilik darjah tempatan yang sebenar. Berlandaskan dimensi Konteks dalam Model Penilaian CIPP oleh Stufflebeam dan Zhang (2017) serta gagasan 'pengetahuan kandungan pedagogi' oleh Shulman (1987), makalah ini menghujahkan bahawa kerelevanan akademik di atas kertas tidak secara automatik menjamin kerelevanan budaya di lapangan. Sebagai penyelesaian, kertas ini mencadangkan satu kerangka konseptual yang bermula dengan sandaran kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Model Penilaian CIPP (Dimensi Konteks) sebagai asas penilaian. Melalui lensa ini, analisis terhadap Maklumat Kursus (MK) sedia ada dilakukan bagi mendiagnosis isu dominasi instrumen Barat seperti rekoder. Seterusnya, langkah mendekolonisasi kurikulum direalisasikan dengan menyahpusatkan muzik Barat dan mengangkat elemen warisan tempatan. Keseluruhan proses ini disasarkan bagi mencapai hasil akhir, iaitu pembentukan pendidik muzik yang responsif secara budaya. Langkah ini amat kritikal bagi menyelaraskan latihan guru dengan garis panduan kelestarian budaya oleh UNESCO (2021). Secara tuntasnya, anjakan konseptual ini bertujuan memastikan institusi pendidikan berupaya membentuk identiti profesional bakal pendidik yang bukan sahaja cekap secara teknikal, tetapi responsif secara budaya demi memelihara warisan nasional.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-07-30

How to Cite

Ismail, A., & Awang, M. I. (2026). Pendekatan konseptual ke arah mendekolonisasi kurikulum latihan guru muzik di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(85), 117–123. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4335