Kesediaan guru terhadap penggunaan AI secara beretika dalam pendidikan abad ke-21

Authors

  • Dayana Haimin Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Ramlee Ismail Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Keywords:

Kesediaan guru, kecerdasan buatan (AI), etika digital, pendidikan abad ke-21, guru di Sabah, kajian kualitatif

Abstract

Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence atau AI) dalam pendidikan abad ke-21 semakin berkembang selaras dengan transformasi digital. Teknologi AI meningkatkan keberkesanan PdP melalui penyediaan bahan digital, pentaksiran serta pembelajaran yang lebih interaktif. Namun demikian, penggunaan AI secara tidak beretika boleh menimbulkan isu seperti plagiat, ketidaktepatan maklumat, penyalahgunaan data dan kebergantungan pelajar terhadap teknologi. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneroka tahap kesediaan guru di Sabah terhadap penggunaan AI secara beretika dalam pendidikan abad ke-21. Kajian ini memfokuskan kepada aspek pengetahuan, pengalaman, sikap dan amalan guru dalam mengintegrasikan teknologi AI secara bertanggungjawab. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan pendekatan kajian kes melalui temu bual separa berstruktur yang melibatkan 15 orang guru sekolah rendah dan menengah di Sabah. Data kajian dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mempunyai penerimaan positif terhadap penggunaan AI, namun masih menghadapi beberapa cabaran seperti kekurangan latihan profesional, keterbatasan infrastruktur teknologi dan kurangnya garis panduan etika penggunaan AI. Kajian ini diharapkan dapat memberikan implikasi kepada pihak KPM, JPN Sabah dan institusi latihan perguruan dalam merancang program pembangunan profesional serta dasar penggunaan AI secara beretika demi memperkukuh kualiti pendidikan abad ke-21.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-07-30

How to Cite

Haimin, D., & Ismail, R. (2026). Kesediaan guru terhadap penggunaan AI secara beretika dalam pendidikan abad ke-21. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(85), 90–97. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4333