Transformasi pemikiran guru melalui kerangka Universal Design for Learning dalam pendidikan inklusif
Keywords:
Universal Design for Learning, pendidikan inklusif, transformasi pemikiran guru, ekuiti pendidikan, pedagogi inklusif, pembangunan profesional guru, SDGAbstract
Pendidikan inklusif menuntut penyediaan pengalaman pembelajaran yang responsif terhadap kepelbagaian murid serta mampu menyediakan peluang pendidikan yang saksama kepada semua. Walau bagaimanapun, pelaksanaan pendidikan inklusif masih berhadapan dengan pelbagai cabaran, termasuk keterbatasan kompetensi guru, penggunaan pendekatan pedagogi yang bersifat one-size-fits-all dan kecenderungan melihat perbezaan murid melalui paradigma defisit. Dalam konteks ini, Universal Design for Learning (UDL) muncul sebagai satu kerangka pedagogi yang fleksibel dan berpotensi menyokong transformasi amalan pengajaran guru. Artikel konseptual ini bertujuan membincangkan bagaimana UDL berupaya mengubah orientasi pemikiran guru daripada paradigma penyeragaman kepada paradigma yang berteraskan ekuiti, fleksibiliti dan penghargaan terhadap kepelbagaian murid. Perbincangan dibina berasaskan sorotan literatur terkini berkaitan pendidikan inklusif dan Universal Design for Learning dengan menghuraikan cabaran semasa pendidikan inklusif, asas konseptual UDL, hubungan UDL dengan ekuiti pendidikan serta transformasi peranan guru sebagai pereka pembelajaran yang responsif dan reflektif. Artikel ini turut membincangkan implikasi pelaksanaan UDL terhadap pembangunan profesional guru, penggunaan teknologi dan inovasi pembelajaran, kepimpinan sekolah serta kolaborasi pelbagai pihak dalam memperkukuhkan pendidikan inklusif di Malaysia. Secara keseluruhannya, UDL menawarkan satu kerangka pedagogi yang berpotensi menyokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 dalam membina ekosistem pembelajaran yang lebih inklusif, saksama dan bermakna untuk semua murid.










