Kajian literatur teori dan model dalam merangka komponen modul pengurusan sosioemosi murid autisme di Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah menengah
Keywords:
Teori, Model, Pendidikan Khas, Pengurusan, Sosioemosi, AutismeAbstract
Teori dan model merupakan tunjang utama dalam pembangunan modul pengurusan sosioemosi murid autisme. Membangunkan modul sosioemosi yang spesifik dan praktikal untuk murid autisme sekolah menengah memerlukan penelitian mendalam teori dan model yang bersesuaian dengan peringkat murid. Dalam konteks pendidikan di Malaysia pembangunan modul autisme peringkat sekolah menengah masih kurang, kebanyakan modul secara umum dan peringkat rendah. Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklumat yang lebih mendalam tentang teori dan model bagi mengukuhkan lagi pemahaman dalam membangunkan modul pengurusan sosioemosi murid autisme sekolah menengah. Kajian ini adalah kajian perpustakaan yang berfokuskan kepada tinjauan dan pengamatan terhadap teori dan model pengurusan sosioemosi murid autisme sekolah menengah dalam kajian lepas. Dapatan kajian dari literatur dengan adanya asas teori dan model menjadi asas penting dalam pembinaan modul kerana ia menyediakan rangka kerja saintifik yang membimbing pemilihan objektif, aktiviti, strategi pengurusan dan pengajaran serta penilaian. Melalui teori dan model pengkaji dapat memahami bagaimana murid belajar, berfikir dan memberi respons, khususnya bagi murid autisme yang mempunyai keperluan sosioemosi yang unik. Justeru teori-teori ini akan diaplikasi oleh pengkaji dalam usaha untuk membangunkan modul yang lebih efisien dan praktikal untuk pengurusan sosioemosi murid autisme terutamanya di PPKI sekolah menengah. .Penelitian ini juga diharap dapat membuka ruang kepada penyelidik dan juga para pendidik untuk mencari penyelesaian dan mencari kaedah yang lebih praktikal bagi meningkatkan profesionalisme, kompetensi guru dan meningkatkan keupayaan murid autisme mengurus sosioemosi mereka.










