Tok Ku Tuan Besar: Warisan keilmuan dan tadbir urus Islam di Terengganu abad ke-19M

Authors

  • Syed Muhammad Hulaimi Syed Hassan Adlli Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Ezad Azraai Jamsari Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Izziah Suryani Mat Resad Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Napisah Karimah Ismail Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Farid Mat Zain Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Adibah Sulaiman Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Keywords:

Tok Ku Tuan Besar, Terengganu, Ulama Melayu, Tradisi Keilmuan Islam, Tadbir Urus Islam, Sejarah Biografi

Abstract

Makalah ini memerihalkan aspek riwayat hidup dan ketokohan ulama besar dari bumi Terengganu Darul Iman, iaitu Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin al-Idrus atau dikenali ketika itu dengan panggilan Tok Ku Tuan Besar. Beliau telah memberi sumbangan besar dalam perkembangan keilmuan dan kecendekiaan Islam di Terengganu khususnya dan seluruh Malaysia umumnya. Penulisan ini adalah bertujuan untuk meneliti sejarah biografi Tok Ku Tuan Besar, di samping mengamati sumbangan beliau kepada bidang keilmuan Islam dan juga aspek pentadbiran Islam di Terengganu. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif menerusi reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Bagi kaedah pengumpulan data, maklumat kajian ini dikumpul menggunakan analisis dokumen dengan penelitian terhadap sumber-sumber yang berwewenang dan relevan. Manakala bagi kaedah penganalisisan data, kajian ini selanjutnya menggunakan pendekatan kritikan luaran dan dalaman bersesuaian dengan metode sejarah. Dapatan kajian ini mendapati Tok Ku Tuan Besar ialah seorang ulama masyhur dari Terengganu yang amat berjasa dalam merancakkan perkembangan dan pembangunan Islam bagi masyarakat setempat. Beliau juga telah melahirkan beberapa karya penulisan yang amat bermakna dan bermanfaat buat seluruh umat Islam di Asia Tenggara, malah penglibatan Tok Ku Tuan Besar dalam bidang pentadbiran dan juga perundangan di Terengganu adalah terserlah dan memberikan impak yang signifikan dalam melancarkan perihal tadbir urus pemerintahan pada ketika itu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-07-23

How to Cite

Syed Hassan Adlli, S. M. H., Jamsari, E. A., Mat Resad, I. S., Ismail, N. K., Mat Zain, F., & Sulaiman, A. (2026). Tok Ku Tuan Besar: Warisan keilmuan dan tadbir urus Islam di Terengganu abad ke-19M. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(84), 702–718. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4316