Estetika tashbīh dalam surah al-Baqarah dan surah al-Nur
Keywords:
Tashbīh, Estetika Bahasa, Balaghah, Surah al-Baqarah, Surah al-Nur, Analisis Kandungan, Gaya Bahasa, Bahasa al-Qur’anAbstract
Kajian ini membincangkan estetika Tashbīh dalam Surah al-Baqarah dan Surah al-Nur dengan memberi tumpuan kepada fungsi keindahan bahasa dalam menyampaikan makna al-Qur’an. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji maksud dan definisi konsep Tashbīh serta meneliti elemen dan jenis Tashbīh yang digunakan dalam kedua-dua surah tersebut. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap ayat-ayat al-Qur’an yang mengandungi unsur Tashbīh dalam Surah al-Baqarah dan Surah al-Nur. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua surah memanfaatkan pelbagai bentuk Tashbīh untuk mengukuhkan penyampaian mesej, sama ada dari aspek akidah, etika sosial mahupun peringatan spiritual. Elemen-elemen Tashbīh yang dikenal pasti bukan sahaja memperkayakan nilai estetika teks al-Qur’an, tetapi turut memperjelaskan makna melalui penggambaran yang konkrit dan mendalam. Secara keseluruhannya, kajian ini menegaskan bahawa keindahan retorik Tashbīh memainkan peranan penting dalam penghayatan makna al-Qur’an serta memperkukuh kefahaman pembaca terhadap konteks ayat.










