Persepsi Sayyid Qutb terhadap institusi kegerejaan dalam The America I Have Seen: In the Scale of Human Values: Satu analisis teks

Authors

  • Nur Asyiqin Zohkarnain Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Firuz Akhtar Lubis Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Zulkarnain Mohamed Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Md Nor Abdullah Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Keywords:

Sayyid Qutb, Institusi Kegerejaan, Travelog, Teori Pengecualian, The America I Have Seen: In the Scale of Human Values

Abstract

Kajian ini menganalisis persepsi Sayyid Qutb terhadap institusi kegerejaan di Amerika Syarikat sebagaimana tercatat dalam travelog popularnya, Amrika Allati Ra’aytu (The America I Have Seen: In the Scale of Human Values). Travelog ini dianggap sebagai salah satu travelog yang berpengaruh kerana memaparkan kritikan tajam yang berbeza daripada naratif kembara sezaman yang lazimnya bersifat neutral. Kajian kualitatif ini menggunakan analisis teks ke atas versi terjemahan travelog tersebut iaitu The America I Have Seen: In the Scale of Human Values. Dengan menggunakan Teori Pengecualian sebagai kerangka interpretasi, kajian menemui bahawa gambaran negatif Sayyid Qutb terhadap institusi kegerejaan berfungsi sebagai alat retorik untuk membangkitkan kesedaran sosial dan semangat perjuangan Islam menentang hegemoni nilai Barat pada pertengahan abad ke-20M. Kajian lanjutan dicadangkan supaya menganalisis perbandingan antara teks terjemahan dengan naskhah asal dalam bahasa Arab bagi mengenal pasti kesan penterjemahan terhadap ketepatan makna dan mesej yang disampaikan. Kesimpulannya, travelog Sayyid Qutb bukan sekadar catatan pengembaraan tetapi juga medium ideologikal yang membentuk naratif perlawanan budaya dan agama.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-07-23

How to Cite

Zohkarnain, N. A., Lubis, F. A., Mohamed, Z., & Abdullah, M. N. (2026). Persepsi Sayyid Qutb terhadap institusi kegerejaan dalam The America I Have Seen: In the Scale of Human Values: Satu analisis teks. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(84), 676–686. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4314