Persepsi pelajar bahasa Arab bukan penutur jati terhadap prosa Arab dalam pembelajaran bahasa Arab

Authors

  • Aida Hayati Mohd Sanadi Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Zalika Adam Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Nurul Iman Mohamad Anuar Kamal Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Keywords:

Persepsi Pelajar, Prosa Arab, Pembelajaran Bahasa Arab, Pelajar Bukan Penutur Jati

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis persepsi pelajar bahasa Arab bukan penutur jati terhadap prosa Arab sebagai medium pembelajaran Bahasa Arab sebelum mengikuti kursus-kursus sastera Arab di semester seterusnya. Prosa Arab merupakan satu daripada komponen penting dalam kesusasteraan Arab yang mengandungi pelbagai unsur bahasa, budaya dan pemikiran yang dapat menyokong proses pemerolehan bahasa. Walau bagaimanapun, pelajar bukan penutur jati sering berhadapan dengan cabaran dalam memahami teks prosa Arab disebabkan kepelbagaian gaya penulisan, struktur bahasa serta kandungan yang memerlukan pemahaman konteks yang mendalam. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan dengan instrumen soal selidik berskala Likert lima mata yang telah disemak oleh pakar dalam bidang pengajaran bahasa Arab bagi memastikan kesahihan kandungan. Seramai 103 orang pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab Komunikasi (SMBAK) di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang akan mengambil kursus Tazawwuq Adabi terlibat sebagai responden. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi mengenalpasti kecenderungan persepsi pelajar terhadap aspek kefahaman, minat, kesukaran dan sumbangan prosa Arab dalam penguasaan bahasa Arab. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan prosa Arab dalam pembelajaran bahasa Arab. Prosa Arab didapati berpotensi membantu pelajar meningkatkan penguasaan kosa kata, kemahiran membaca, kefahaman teks serta pemahaman terhadap budaya dan pemikiran masyarakat Arab. Walaupun terdapat beberapa cabaran dari aspek kefahaman bahasa dan interpretasi kandungan, majoriti pelajar mengakui bahawa pendedahan kepada prosa Arab dapat memperkayakan pengalaman pembelajaran bahasa serta meningkatkan apresiasi terhadap kesusasteraan Arab. Kajian ini mencadangkan agar prosa Arab dimanfaatkan secara lebih sistematik dan konstekstual dalam pengajaran bahasa Arab bagi meningkatkan keberkasanan pembelajaran dalam kalangan pelajar bukan penutur jati.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-07-23

How to Cite

Mohd Sanadi, A. H., Adam, Z., & Mohamad Anuar Kamal, N. I. (2026). Persepsi pelajar bahasa Arab bukan penutur jati terhadap prosa Arab dalam pembelajaran bahasa Arab. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(84), 630–639. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4310