Daripada supremasi Mamluk kepada hegemoni Uthmaniyyah: Dimensi politik, ekonomi dan ketenteraan dalam Pertempuran Marj Dabiq (1516)
Keywords:
Selim I, Pertempuran Marj Dabiq, Sejarah Ketenteraan Uthmaniyyah, Kesultanan MamlukAbstract
Selim I ialah sultan Uthmaniyyah dari tahun 1512 hingga 1520 iaitu bersamaan dengan lapan tahun tempoh pemerintahan yang menyaksikan banyak pencapaian dikecapi dan membawa kepada perluasan wilayah Uthmaniyyah yang ketara serta mengubah landskap geopolitik dunia Islam ketika itu setelah baginda melibatkan diri dalam beberapa siri pertempuran sebelum berjaya mendapatkan gelaran Khalifah dari kuasa Mamluk di Mesir. Penulisan ini bertujuan untuk meneliti figura penting dalam Pertempuran Marj Dabiq serta faktor yang menyumbang kepada berlakunya pertempuran berkenaan semasa zaman pemerintahan Selim I sehingga berjaya menjadikan Kerajaan Uthamniyyah sebagai sebaha khilafah yang baharu. Penulisan ini bersifat kajian kualitatif dengan pengaplikasian reka bentuk sejarah. Keseluruhan penulisan ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif menerusi reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Bagi kaedah pengumpulan data, maklumat kajian ini dikumpul menggunakan analisis dokumen dengan penelitian terhadap sumber-sumber rujukan yang relevan. Manakala bagi kaedah penganalisisan data, kajian ini selanjutnya menggunakan pendekatan kritikan luaran dan dalaman bersesuaian dengan metode sejarah. Dapatan kajian menghujahkan bahawa Pertempuran Marj Dabiq (1516) ialah manifestasi konflik strategik antara Kerajaan Uthmaniyyah dengan Kesultanan Mamluk, yang didorong oleh kepentingan ekonomi, ketegangan politik dan juga perbezaan ideologi mazhab. Kemenangan ketenteraan Uthmaniyyah di bawah kepimpinan Selim I mencerminkan usaha politik dan diplomatik Uthmaniyyah serta aspirasi untuk menyatukan dunia Islam Sunni di bawah satu pemerintahan terpusat. Konflik ini menandakan permulaan transformasi geopolitik wilayah Arab, mengukuhkan hegemoni Uthmaniyyah dan menetapkan peranannya sebagai kuasa dominan dalam dunia Islam selepas abad ke-16M.










