Ulama dalam al-Qu’ran: Analisis tafsir mawdu‘i terhadap ciri-ciri ulama haqq dan ulama su’
Keywords:
Ulama, al-Qur’an, Tafsir Mawdu‘i, Ulama Haqq, Ulama Su’Abstract
Fenomena ‘ulama scammer’ (penipu) dalam masyarakat Islam kontemporari kerap mencetuskan kekeliruan apabila golongan tertentu menyerupai penampilan ulama melalui pakaian, gelaran dan gaya bicara agama yang mengagumkan. Hal ini telah menimbulkan krisis kepercayaan terhadap institusi ulama. Kajian ini bertujuan mengenal pasti ciri-ciri yang membezakan ulama haqq daripada ulama su’ berdasarkan al-Qur’an. Metodologi kajian kepustakaan dan pendekatan tafsir mawdu‘i digunakan dengan berasaskan tujuh langkah metodologi Mustafa Muslim. Hasil kajian menunjukkan bahawa ulama haqq ialah pewaris Nabi ﷺ yang menerima amanah ilmu, tarbiyah dan hikmah melalui sanad perguruan yang bersambung kepada Baginda ﷺ. Dengan itu dapat membawa diri mereka serta membimbing umat kepada kesedaran dan keterhubungan dengan Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ dalam ingatan dan ketaatan pada dimensi keakalan, amalan dan kerohanian. Sebaliknya, ulama su’ dicirikan dengan penyalahgunaan agama untuk kepentingan duniawi, menyemerakkan permusuhan dan kebencian. Kajian ini menegaskan bahawa pengenalpastian ciri-ciri kedua-dua golongan tersebut amat penting bagi membimbing masyarakat agar tidak terpedaya dengan imej luaran semata-mata serta mengukuhkan kembali kepercayaan terhadap institusi ulama yang tulen.










