Konsep kewalian dalam tarekat tasawuf: Satu sorotan awal

Authors

  • Mohd Hafiz Zainal Abidin Post Graduate Student Academy of Contemporary Islamic Studies, University Technology MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia.
  • Mohammad Fahmi Abdul Hamid Academy of Contemporary Islamic Studies, University Technology MARA (UiTM) Cawangan Melaka, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia
  • Muhammad Firdaus Abdul Manaf Academy of Contemporary Islamic Studies, University Technology MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

Keywords:

Kewalian, Tarekat, Tasawuf, Karamah, Mursyid

Abstract

Artikel ini menelusuri konsep kewalian dalam tradisi Islam melalui dua dimensi utama, iaitu asas teologinya yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah serta pengoperasiannya dalam institusi tarekat tasawuf. Kewalian dihuraikan sebagai maqam rohani yang dibina atas iman, takwa dan istiqamah, serta dipupuk melalui disiplin suluk, amalan zikir dan tazkiyah al-nafs di bawah bimbingan mursyid yang bertauliah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kepustakaan dengan analisis kandungan bertema terhadap sumber klasik, kontemporari dan dokumen institusi berkaitan tarekat. Perbincangan turut membezakan kedudukan nabi dan wali, menjelaskan peranan struktur tarekat dalam memelihara kesahihan sanad dan autoriti bimbingan, serta menilai isu seperti karamah, ilham, taksub kepada mursyid dan penyalahgunaan dakwaan kewalian dalam konteks semasa. Sorotan ini menegaskan bahawa kewalian yang sahih mestilah selaras dengan wahyu, berpaksikan syariat dan berfungsi membentuk keperibadian Muslim yang mencapai nilai ihsan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-07-20

How to Cite

Zainal Abidin, M. H., Abdul Hamid, M. F., & Abdul Manaf, M. F. (2026). Konsep kewalian dalam tarekat tasawuf: Satu sorotan awal. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(84), 574–593. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4305