Pemupukan sikap kepedulian sosial menerusi kerangka pendidikan berteraskan falsafah sejahtera

Authors

  • Norafifah Ab Hamid Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Melaka
  • Abd Wahab Nor Azlina Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Melaka
  • Siti Nurul Izza Hashim Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Melaka
  • Mahfuzah Mohammed Zabidi Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Johor
  • Norhapizah Mohd Burhan Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Panag

Keywords:

Kepedulian Sosial, Falsafah Sejahtera`, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Rukun Negara

Abstract

Pendidikan merupakan suatu usaha berterusan yang menyeluruh dan bersepadu dengan tujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni. Usaha mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni ini merangkumi empat aspek utama iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek dengan menjadikan kesejahteraan sebagai intipati utama. Kesejahteraan diri merupakan kunci utama untuk melahirkan insan sejahtera yang hasilnya dapat berperanan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sehubungan itu, pemupukan sikap kepedulian sosial menerusi kerangka pendidikan berteraskan Falsafah Sejahtera yang menggabungkan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara dilihat sebagai agen penting dalam melahirkan generasi muda yang bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan sosial. Kajian ini bertujuan untuk meneliti konsep pendidikan berteraskan Falsafah Sejahtera dan menganalisis sejauh mana kerangka ini berkesan dalam memupuk sikap kepedulian sosial dalam kalangan generasi muda. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan metode pengumpulan data secara dokumentasi dan metode analisis data berdasarkan analisis kandungan (content analysis). Hasil kajian merumuskan bahawa pendidikan berteraskan Falsafah Sejahtera berperanan penting dalam memupuk sikap kepedulian sosial terhadap diri dan keluarga dan seterusnya  memupuk kepedulian sosial terhadap masyarakat dan negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-06-15

How to Cite

Ab Hamid, N., Nor Azlina, A. W., Hashim, S. N. I., Mohammed Zabidi, M., & Mohd Burhan, N. (2026). Pemupukan sikap kepedulian sosial menerusi kerangka pendidikan berteraskan falsafah sejahtera. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(83), 948–859. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4297