Hajjah Khadijah binti Haji Abdullah sebagai tokoh dakwah al-Quran wanita: Sumbangan terhadap perkembangan pengajian al-Quran di Machang, Kelantan

Authors

  • Shafiza Safie Akademi Pengajian Islam Kontempori (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Bukit Ilmu 18500 Machang, Kelantan, Malaysia
  • Muhammad Hawez Qarni Ahmad Akademi Pengajian Islam Kontempori (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Bukit Ilmu 18500 Machang, Kelantan, Malaysia
  • Nurul Hidayah Awang@Ab Rahman Akademi Pengajian Islam Kontempori (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Bukit Ilmu 18500 Machang, Kelantan, Malaysia
  • Mohd Khairul Anuar Ismail Akademi Pengajian Islam Kontempori (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Bukit Ilmu 18500 Machang, Kelantan, Malaysia

Keywords:

Pengajaran Al-Quran, Hajjah Khadijah, Machang, Kelantan, Dakwah Wanita

Abstract

Dakwah ialah teras kelangsungan ummah dan kegemilangan tamadun. Ia tidak terbatas kepada lelaki sahaja tetapi juga kepada wanita juga. Begitulah dengan Hajjah Khadijah binti Abdullah dalam memastikan generasi Al-Quran terus gemilang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti latar belakang tokoh Al-Quran di Machang Kelantan iaitu Hajjah Khadijah binti Abdullah dan menganalisis peranan Hajjah Khadijah binti Abdullah terhadap perkembangan pengajian Al-Quran di Machang Kelantan khususnya di Mukim Baka. Selain itu kajian ini juga ingin melihat kaedah-kaedah yang digunakan dalam pengajaran beliau serta implikasi daripada kelas pengajian Al-Quran tersebut. Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan, temubual dan pemerhatian. Hasil dapatan kajian mendapati beliau telah berjaya menubuhkan kelas mengaji Al-Quran secara percuma di surau Shafie, melahirkan ramai murid mengaji Al-Quran yang berkualiti dan mengadakan Haflah Bacaan Yaasin atau Al-Quran yang melibatkan pelbagai kampung pada setiap hari Jumaat, di samping memberi implikasi positif dengan membuka  ruang  yang  luas  untuk  mereka menambahkan  pengetahuan tentang Al-Quran, kemahiran membaca Al-Quran dan motivasi untuk beramal dengan ajaran Al-Quran. Kesimpulannya peranan wanita dalam medan dakwah adalah signifikan sebagai pembentuk generasi dan penggerak masyarakat ke arah yang lebih baik dan harmoni.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-07-15

How to Cite

Safie, S., Ahmad, M. H. Q., Awang@Ab Rahman, N. H., & Ismail, M. K. A. (2026). Hajjah Khadijah binti Haji Abdullah sebagai tokoh dakwah al-Quran wanita: Sumbangan terhadap perkembangan pengajian al-Quran di Machang, Kelantan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(84), 502–514. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4291