Keperluan pengurusan risiko harta wakaf dalam skop pengurusan bencana

Authors

  • Farhana Mohamad Suhaimi Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Muhamad Firdaus Ab Rahman Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Fitriah Wardi Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Shuhaida Salleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
  • Aida Amirah Badiuzzamani Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Keywords:

wakaf, risiko, pengurusan wakaf, bencana, risiko syariah

Abstract

Harta wakaf memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan sosioekonomi ummah yang bersifat kekal dan berasaskan kebajikan. Penahanan harta atau pemberian manfaat wakaf yang dilaksanakan oleh pewakaf adalah dengan tujuan beribadah iaitu mendekatkan diri kepada Allah dan tujuan kebajikan. Oleh yang demikian, pemegang amanah wakaf bertanggungjawab memastikan harta wakaf dapat dimanfaatkan sebagaimana niat pewakaf dengan memastikan harta wakaf dalam keadaan terjaga dan berfungsi sebaiknya. Namun, harta wakaf turut terdedah kepada pelbagai risiko luar jangka seperti bencana alam yang boleh menjejaskan keupayaan dan kelangsungannya. Kajian ini bertujuan untuk meneliti risiko terhadap harta wakaf dalam menghadapi ancaman bencana. Kajian dilakukan secara kualitatif dengan analisis kandungan terhadap sumber literatur klasik dan kontemporari, merangkumi kitab fiqh, artikel jurnal, dan dokumen berkaitan wakaf dan risiko. Kajian ini menekankan aspek perlindungan harta wakaf dalam konteks risiko bencana kerana ianya masih kurang diberi perhatian secara sistematik, meskipun terdapat asas yang kukuh dalam tadbir urus wakaf. Melalui sorotan ini, jelas bahawa pengurusan risiko syariah amat diperlukan bagi memastikan aset wakaf kekal lestari dalam jangka masa panjang. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-06-12

How to Cite

Mohamad Suhaimi, F., Ab Rahman, M. F., Wardi, F., Salleh, S., & Badiuzzamani, A. A. (2026). Keperluan pengurusan risiko harta wakaf dalam skop pengurusan bencana. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(83), 919–927. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4287